This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 26 Maret 2008

Kurniakanlah diriku dengan temali imani yang kukuh di hati...


Di hati ku lakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila ku tentukan arah serta tujuan
Rela ku hadapi cabaran


Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci


Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan


Tak harus ku turuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan…


 


http://www.rediesh.com/

Rabu, 19 Maret 2008

Renungan Bersama

Renungan Bersama


Harapanku Subur Kembali
Wahai Tuhanku yang Esa...
Bila kenangkan QahharMu...
Rasa gerun di hatiku...
Kerana takutkan seksaMu...
HambaMu rasa berputus asa...
Siapakah dapat bersihkan diri...
Dari segala dosa yang memburu...
Setiap hari setiap ketika...
Bila terkenang ra'fahMu...
Putus asa tiada lagi...
Semangatku pulih semula...
Harapanku subur kembali...
Ujian menimpa menekan di jiwa...
Tak sanggup meneruskan perjuangku...
MehnahMu itu penghapus dosaku...
Mengganti hukumanMu di Akhirat...
Wahai Tuhanku yang Esa...
Bila kenangkan QahharMu...
Rasa gerun di hatiku...
Kerana takutkan seksaMu...
HambaMu rasa berputus asa...
Siapakah dapat bersihkan diri...
Dari segala dosa yang memburu...
Setiap hari setiap ketika...
Di waktu mengenangkan rahmatMu...
Rasa diri kurang bersyukur...
PadaMu harusku memohon...
Moga syukurku bertambah...
Alangkah susah mendidik nafsuku...
Yang tidak melihat kebenaranMu...
Ya Allah Tuhanku bantulah hambaMu...
Dalam mendidik jiwaku ini...


Allah Ta'ala berfirman:"Dan diciptakan insan dalam keadaan lemah".Begitulah sifat manusia yang Allah Ta'ala jadikan lemah dalam semua keadaan.Bila senang.....lupakan Pemberi Kesenangan, bila susah...menangis,memohon,merayu supaya ni'mat yang itu diberikan kembali.


Walaupun kita buat dosa dan maksiat itu tidak akan memberi bekas kepada Allah bahkan bahananya akan kembali kepada kita.Ingatlah...Allah Ta'ala memasukkan hambaNya ke dalam SyurgaNya kerana rahmat dan belas kasihanNya dan Dia memasukkan orang yang derhaka ke dalam Neraka kerana keadilanNya.


Marilah kita merenung, sejauh manakah ketaatan kita terhadap perintahNya.Kalau kita sudah lakukan ketaatan, adakah ia diterima?Ikhlaskah amalan kita itu?Waallhu AlamMin...Hamba yang faqir lagi hina yang mengharapkan keampunan Tuhannya.


http://cintaagung.blogspot.com/2007_07_01_archive.html

CINTA: Untuk siapa...

CINTA: Untuk siapa...


Dari Abdullah ibn Mas'ud r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda:"Seseorang itu adalah bersama orang yang ia kasihi."Huraian hadith:



1- Sesungguhnya cinta dan kasih adalah anugerah Allah Ta'ala.Manusia yang tidak mempunyai cinta dan kasih kepada seseorang seolah-olah hidupnya tidak sempurna.


2- Namun, perasaan kasih dan cinta ini perlulah diletakkan kepada orang yang sepatutnya.Ini adalah kerana perasaan tersebut akan menyebabkan kita sentiasa ingin mengambil hati orang dikasihi itu dan seterusnya melaksanakan segala permintaannya.


3- Sekiranya seseorang itu meletakkan cintanya yang tertinggi kepada artis pujaan, maka dia akn menjadikan artis tersebut sebagai idola.Maka setiap perlakuan dan percakapan akan cuba dikuti dan dicontohi.Namun, sekiranya perasaan cinta yang tertinggi itu diberikan kepada Rasulullah SAWdan sahabat-sahabat baginda, maka alangkah gembiranya dia kerana akan dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama dengan golongan ini.


4- Di dalam kitab 'Aun Ma'bud, dalam menafsirkan hadith tersebut, penulis menjelaskan bahawa sesiapa yang mengasihi sesuatu golongan dengan ikhlas, ia akan dihimpunkan bersama mereka.Sekalipun amalan tidak menyamai mereka, tetapi hatinya telah
mendekati.Kemungkinankasih sayangnya akan melakukan amalan yang sama.


5- Benarlah apa yang dinyatakan itu kerana setiap individu cenderung untuk mengikuti setiap langkah orang yang dikasihinya.Sekiranya dia menyintai Rasul, maka jejak Rasul pastinya akan diikutinya.


6- Kesimpulannya, sekiranya kita mengakui bahawa Rasulullah adalah orang yang paling kita kasihi, marilah kita buktikan kecintaan kepada Baginda dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.InsyaAllah kita akan dibangkitkan bersama Bginda di akhirat kelak.Amin.....


"Orang yang mencintai mencari keredhaan kekasihnya///cintaku ingin menemui kekasih,
Dua mata hatinya sentiasa memandang kekasih///hati itu kenal dan melihat Tuhannya,
Redha hati bila kekasih berdekatan selalu///tidaklah jauh seperti orang yang mahukan selainnya"
Wallahu 'alam


http://cintaagung.blogspot.com/2007_06_01_archive.html

9 Siti Yg Patut Dicontohi..

 


1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.p/s: kalau nama akhowat bukan siti pun takde masalah utk mencontohi semua siti2 yg agung ini..insyaAllah..kita semua mmg dilahirkan sbg siti iaitu muslimah walaupun mak ayah kita tak letak nama kita dlm ic sbg siti..=) sungguh indah klw boleh miliki Kalau secebis dari kehebatan siti2 di atas ni..kps siti aisyah samad..makasih byk2 ya bgi gyh kongsikan artikel ni..=)=)=) moga aisyah termasuk dlm siti impian jugak..insyaAllah..Ya Allah..kami bermohon padaMu dgn rahmat dan kasih sygMu, bantulah kami menggapai redhaMu yg masih jauh itu...ameen...


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

Seorang Gadis.....

Seorang Gadis.....


Seorang gadis itu ..
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit,
Manis tuturnya,
Lentur hati,
Telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,


Di matanya cahaya,
Dalamnya ada air,
Sehangat cinta,
Sejernih suka,
Sedalam duka,
Ceritera hidupnya..


Seorang gadis itu..
Hatinya penuh manja,
Penuh cinta,
Sayang semuanya,
Cinta untuk diberi,
Cinta untuk dirasa..


Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah,
Atau kelemahan dunia..
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah,
Bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia..
Begitu unik tercipta,
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah..


Seorang gadis itu ...
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini..
Dari indahnya jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap nikmatNya..


Seorang gadis itu..
Bisa seteguh Khadijah,
Yang suci hatinya,
Tabah & tenang sikapnya,
Teman ar-Rasul,
Pengubat duka & laranya..


Bijaksana ia,
Menyimpan ílmu,
Si teman bicara,
Dialah Áishah,
Penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah,
Penyimpan mashaf pertama kalamullah..


Seorang gadis itu..
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,
Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya ALLAH memuji..


Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah,
Kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda Baginda..


Bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan,
Tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya khalifah rebah,
Syaheed menyahut panggilan ALLAH..


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

KISAH TIGA ORANG ANAK

KISAH TIGA ORANG ANAK


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang(jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.


Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya.Apa yang dimahukan si Raja itu.Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulauseberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah,ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih.


Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang.Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawabAnis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis taktahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.


Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.


Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagarrumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnyamengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.Sekian adanya.


APA PENGAJARAN CERITA INI .Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Dimana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja)yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

Kisah Nabi Ibrahim A.S

Kisah Nabi Ibrahim A.S


Pada kali ni, saya nak datangkan sebuah kisah berkenaan Nabi Ibrahim Al-Khalil A.S sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-An'aam seperti berikut:


"Dan (ingatlah) diwaktu Ibrahim berkata kepada Bapaknya Aazar:"Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata"(74)


Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat)di langit dan dibumi,dan (Kami perlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin (75)


Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang(lalu) dia berkata:"Inilah Tuhanku".Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata:"Saya tidak suka kepada yang tenggelam (76)


Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata:"Inikah Tuhanku?".Tetapi setelah bulan itu tenggelam dia berkata:"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat."(77)


Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata:"Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar", maka tatkala matahari itu terbenam dia berkata:"Hai kaumku aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan"(78)


Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (79)


Begitulah sahabat-sahabat kisah Nabi Ibrahim A.S yang Allah abadikan di dalam Al-Quran sebagai panduan untuk orang-orang yang berfikir.Apa yang baik datang daripada Allah Ta'ala dan apa yang buruk datang daripada kelemahan diriku yang hina ini.


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depankamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpadengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yanglebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kitasebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlakutetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kitaberselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkankeadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

Munajat Hamba

Munajat Hamba


Bismillahir Arrahmani Arrahim
Allah Ta'ala berfirman di dalam surah Al-Imran, ayat:133 yang bermaksud:"Bersegaralah kepada keampunan tuhanmu dan syurga yang luasnya antara langit dan bumi...."


dan sabdaRasulullah S.A.W riwayat al-Tibrani(Al-Kabir) dan al-Baihaqiy(Al-Syu'b):"Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yang bertaubat dari dosa itu seperti orang yang tidak ada dosa langsung."


"Ya Tuhanku, kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat....
Ampunkanlah aku, sesungguhnya dosa-dosaku telah meliputi diriku"


"Matikanlah aku di dalam agama Nabi Muhammad....
Hidupkanlah hatiku di hari semua hati hidup"


"Sembuhkanlah hatiku dari penyakit yang menguasainya....
Sesungguhnya penyakitku telah melemahkan dan membingungkan doktor"


"Ya Allah yang mengubati para hamba, kurniakanlah rasa hampir


denganMu....
Aku sangat perlukan Engkau dan kasihkan Engkau"


"Kurangkanlah kegelinciranku, kurniakanlah rasa hampir denganMu....
Sesungguhnya penyakitku akan sembuh dengan rasa hampir denganMu"


"Terlalu panjang malam aku melakukan maksiat itu....
Malam telah berlalu dan dosanya tetap ada pada diriku"


"Apalah daya upayaku, aku telah melakukan derhaka secara jahil....
Bagaimanakah aku tidak malu, Engkau sentiasa melihat dan menunggu"


http://cintaagung.blogspot.com/2007_04_01_archive.html

Kesian Dia...

Kesian Dia...


"Syafiq..apa yang awak buat tu?", sahut Cikgu Yasmin."Saya sedang tengok kepompong ni.....apa yang ada dalamnya Cikgu?"tanya Syafiq."Itulah rama-rama namanya...Sebelum lahir, ia akan melalui beberapa proses kejadian, macam kejadian kita Allah Ta'ala jadikan kita daripada air mani dan setelah menjalani beberapa peringkat terjadilah kita." Setelah lama memerhati, tiba-tiba kepompong tadi mula bergerak-gerak.Kelihatan rama-rama mulai mahu keluar dari kepompong itu.Ketika itu,Cikgu Yasmin sibuk melayan karenah anak muridnya yang lain.Syafiq tidak sabar-sabar untuk melihat rama-rama itu keluar.Setelah lama menunggu, Syafiq menolong rama-rama itu keluar dari kepompongnya ."Cikgu...cikgu...mari sini!!!", jerit Syafiq.Lantas Cikgu Yasmin dan anak muridnya yang lain pergi kepada Syafiq."Ada apa Syafiq?" tanya Cikgu."Ni, ahh..rama-rama dah keluar...cantikkan?" ujar Syafiq."Emm...memang cantik."  Rama-rama itu tadi mula bergerak-gerak.Semua murid mula bersorak-sorak keriangan.Tetapi malangnya, selang beberapa minit kemudian rama-rama itu mati.Semua murid terdiam melihat situasi yang berlaku.Syafiq mula, menggaru kepala dan sedih kerana rama-rama itu mati."Ehh..kenapa rama-rama tu mati?" tanya Cikgu Yasmin."Tadi semasa rama-rama tu mahu keluar dari kepompongnya, saya tarik ia keluar.Saya kesian tengok ia, jadi saya tolong laa." jawab Syafiq."Patut laa...Syafiq, rama-rama tu perlu ambil masa untuk keluar sendiri.Oleh kerana awak tergesa-gesa menarik ia akibatnya ia mati."Syafiq merasa menyesal atas kesilapannya itu tadi.Itulah nasib seekor rama-rama. Apa pengajaran yang kita bolehambil dalam cerita itu tadi?Di dalam hidup ini, tiada yang jalan pi tas ataupun "shortcut" untuk mencapai sesuatu perkara.Semuanya berhajat kepada usaha.Orang yang suka mengambil jalan singkat untuk berjaya hasilnya tidak sama dengan orang yang bermujahadah.Kerana dengan mujahadahlah, seseorang akan merasakan kemanisan.Tetapi jangan lupa..iringilah mujahadah itu dengan doa dan tawakkal kepada AllahTa'ala kerna firman Allah Ta'ala yang bermaksud:"Dan sesiapa yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami akan menunjukkan jalan kepadanya".Betapa indahnya perjuangan Nabi-nabi dan rasul-rasul serta para pengikutnya yang setia dalam mempertahankan keimanan mereka kepada Allah.Segala susah-payah, penderitaan, kesakitan dianggap sesuatu yang amat kecil berbanding nikmat IMAN dan ISLAM.Hasilnya mereka beroleh SYURGA....sebaik-sebaik tempat kediaman yang kekal abadi.Wassalam


http://cintaagung.blogspot.com/2007_03_01_archive.html

CINTA AGUNG

CINTA AGUNG


Ya Allah Engkau tuhanku
Tiada tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhmu


Yang Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau keamanan
Engkau adalah segalanya


Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Diwaktu sakit Kau sembuhkan
Diwaktu lapar Kau beri makan


Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas


Jangan biarkanku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku


Mari kita renungi bersama kata-kata ini...


http://cintaagung.blogspot.com/2007_02_01_archive.html

10 Pesanan Allah Kepada Nabi Musa A.S

10 Pesanan Allah Kepada Nabi Musa A.S


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :


  · Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. 


· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. 


· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka. 


· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. 


· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku. 


· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. 


· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. 


· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku. 


· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. 


· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.


Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."


http://cintaagung.blogspot.com/2007_01_01_archive.html

Sebuku Roti Penebus Dosa

Sebuku Roti Penebus Dosa


..Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”


Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.


Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.


Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.


Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”


Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.


Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”


http://cintaagung.blogspot.com/2007_01_01_archive.html

Menangislah...

Menangislah...


Bismillahirrahmani Ar rahim....


TANGISAN......kadang-kadang tangisan ini adalah tanda bagi seseorang untuk menunjukkan kesedihan.Kadang-kadang tangisan melambangkan kegembiraan.Walau apapun keadaannya, manusia tidak boleh lari daripada sunnatullah ini.Sejak lahir lagi, setiap manusia akan menangis apabila dilahirkan ke dunia ini hatta orang dewasa sekalipun akan menitiskan airmata.


Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:"Dua jenis mata yang tidak akan disentuh api Neraka iaitu mata yang menangis kerna takutkan Allah Ta'ala dan mata orang yang berjaga malam untuk Islam"Wallhu 'Alam.


Di sini saya ini berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai satu cerita seorang pemimpin yang yang takutkan Allah Ta'ala: UMAR bin ABDUL AZIZ, Dia seorang hafizh, mujtahid, sangat mendalam ilmunya, zuhud,ahli ibadah dan seorang pemimpin kaum Muslimin yang sejati. Dia juga disebut Abu Hafsh,dari suku Quraisy,Bani Umayyah.Istrinya, Fathimah pernah berkata, “ Dikalangan kaum laki-laki memang ada yang shalat dan puasanya lebih banyak dari Umar. Tetapi aku tidak melihat seorang pun yang lebih banyak ketakutannya kepada Allah daripada Umar, jika masuk rumah ia langsung menuju tempat shalatnya, bersimpuh dan menangis sambil berdoa kepada Allah hingga tertidur. Kemudian dia bangun dan berbuat seperti itu sepanjang malam.”Takkala menyampaikan khutbah terakhirnya, Umar bin Abdul Aziz naik keatas mimbar, memuji Allah, lalu berkata, “ Sesungguhnya ditanganmu kini tergenggam harta orang-orang yang binasa. Orang-orang yang hidup pada generasi mendatang akan meninggalkannya , seperti yang telah dilakukan oleh generasi yang terdahulu. Tidakkah kamu ketahui bahwa siang dan malam kamu sekalian mengarak jasad yang siap menghadap Allah, lalu kamu membujurkannya di dalam rekahan bumi, tanpa tikar tanpa bantal, lalu kamu menimbunnya dalam kegelapan bumi ?. Jasad itu telah meninggalkan harta dan kekasih-kekasihnya. Dia terbujur dikolong bumi, siap menghadap hisab. Dia tak mampu berbuat apa-apa menghadapi keadaan sekitarnya dan tidak lagi membutuhkan semua yang ditinggalkannnya. Demi Allah, kusampaikanhal ini kepadamu sekalian, karena aku tidak tahu apa yang terbatik didalam hati seorang seperti yang kuketahui pada diriku sendiri “


Selanjutnya Umar bin Abdul Aziz menarik ujung bajunya, menyeka air mata, lalu turun dari mimbar. Sejak itu dia tidak keluar rumah lagi kecuali setelah jasadnya sudah membeku.Diriwayatkan dari Abdus-Salam, mantan budak Maslamah bin Abdul Malik, dia berkata: “ Umar bin Abdul Aziz pernah menangis, melihat ia menangis, istrinya dan semua anggota keluarganya pun ikut menangis, padahal mereka tidak tahu persis apa pasalnya mereka ikut-ikutan menangis”.Setelah suasana reda, Fathimah, istrinya bertanya: “Demi ayahku sebagai jaminan, wahai Amirul Mukminin, apa yang membuat engkau menangis? “ .Umar bin Abdul aziz menjawab, “ Wahai fathimah, aku ingat akan persimpangan jalan manusia takkala berada di hadapan Allah, bagaimana sebagian diantara mereka berada di surga dan sebagian lain berada di neraka.


Mudah-mudahan cerita tadi boleh dijadikan iktibar kepada kita.Apa yang baik itu datang daripada Allah Ta'ala dan yang buruk itu datang daripada diriku yang lemah ini.Wassalam.....


http://cintaagung.blogspot.com/2007_01_01_archive.html

Perbuatan Maksiat Lemahkan Kekuatan Hati

Perbuatan Maksiat Lemahkan Kekuatan Hati


MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa ialah:


1) Memadamkan cahaya ilmu
Imam Malik mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalamannya; Aku mengadu kpd guruku, Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”


2) Rezeki tidak lancar


Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kefakiran.


3) Keterasingan antara Allah
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”


4) Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.


5) Allah akan menyulitkan urusannya
Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.


6) Kegelapan dalam hati
Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.


7) Maksiat melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.


8) Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.


9) Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat). Termasuk muhajirun adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


http://danialle.blogspot.com

Sejenis Perasaan

Sejenis Perasaan


“Eh, lawa la awek tu”.


“Yg tu lg cantik. Aku selalu usya dia tu”.


Itu adalah cebisan dialog yg yg di ucapkan dlm satu perbualan. Sy terkesima mendengarnya“Adakah dia cintakan isterinya?. Apakah perasaan isterinya jika dia tahu perangai sebenar suaminya?. Adakah dia akan berkelakuan yg sama di depan isterinya?”Sy bukannya berminat sgt nk ambil tahu ttg hal rumah tangga org lain. Tapi sy cuba melihat masalah ini scr umum. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Sy kira sesuatu perkahwinan, jika dibina dgn tujuan yg positif, kebanyakannya bertujuan untuk menundukkan pandangan, mengelakkan terjebak dlm perhubungan yg berdosa, dan menyalurkan nafsu ke jln yg halal. Itu mungkin adalah asas-asas umum kenapa dibina sesebuah perkahwinan. Sangat bermasalah jika perkahwinan yg dibina atas dasar cinta sama cinta itu tdk mencapai matlamat spt yg diharapkan pd awal2 ikatan dijalinkan.


Jika ditanya, kbanyakannya akan kata mereka cintakan isteri mereka...tetapi malangnya percintaan itu tdk dpt menenangkan nafsunya dan tdk dpt menundukan pandangannya hanya kpd yg halal. Rasa cinta itu tdk cukup kuat utk sekurang2nya melahirkan perasaan bersalah terhadap isterinya apb ‘memandang’ perempuan lain.Sy kira begitulah yg akan terjadi jika perempuan dikahwini atas sebab kecantikan semata. Si lelaki akan tetap memandang perempuan lain yg dirasakanya lebih cantik drp isterinya atau sebab sudah jemu dgn apa yg dimiliki oleh si isteri.Apb seseorg lelaki memilih pasangan hidup yg tdk menutup aurat sepenuhnya (dedah body, dedah rambut), maka besar kemungkinan pemilihannya itu adalah kerana tertarik dgn kecantikan luaran yg dipamerkan; bkn sebab kecantikan dalaman. Sebab itu lelaki sedemikian masih melihat (baca:usya) perempuan lain wlaupun dh punya isteri. Jika disebabkan kecantikan tubuh badan dia tertarik kpd kamu, maka tdk mustahil dgn sebab yg sama juga dia akan tertarik kpd perempuan yg lain.


Berbeza dgn seseorg yg lebih melihat kpd kecantikan dalaman. Cinta berdasarkan tarikan sebegini sukar digugat kerana utk mengenal keluhuran hati budi seseorg wanita yg lain memerlukan satu proses perkenalan yg rapat dan memakan masa berbanding dgn tarikan kpd kecantikan fizikal yg cukup hanya dgn sekilas pandangan shj. Maka dgn satu pandangan shj sudah cukup utk mggugat kedudukan si isteri dlm hati si suami. Keutuhan cinta suami kpd isteri yg hanya berlandaskan nafsu sgt rapuh dan mudah dirobohkan.


Sy hairan apb ada isteri yg terlalu ‘sporting’ sehingga apb nampak wanita lain yg cantik, dia akan cakap kat suaminya, “Tgk tu bang, awek cun tu”. Realiti ini sgt sukar utk ditelan. Sepatutnya seorg isteri berusaha menjaga iman suaminya. Apb ada benda yg tdk elok dilihat, maka si isteri itu sepatutnya memalingkan pandangan suaminya, bukannya menggalakkan. Mungkin perkara itu hanya dianggap gurauan bg si isteri td dgn anggapan tdk mgkin suaminya akan jatuh cinta kpd perempuan yg dilihat di tepi2 jln. Mungkin dia tdk akan jatuh cinta dgn instant, tapi perasaan suka itu telah wujud dlm dirinya.Oleh itu, jika seorg wanita dipilih oleh lelaki krn kbaikan sifat, akhlak dan perilaku serta kesempurnaan tutup auratnya, iA si lelaki itu tdk mudah tergugat cintanya, sebab nilaian lelaki itu bkn pd kecantikan, tetapi pd kebaikan dan keluhuran hati budi. Maka risiko si suami terpaut kpd yg lain agak kurang. Tetapi bg wanita yg merasakan lelaki menyukainya disebabkan kecantikan semata, maka dia mmg patut risau. Kecantikan tubuh badan sgt hebat dipromosikan oleh kamu hawa pd zaman skrg. Semua org tdk mahu kalah dlm mengiklankan kecantikan dan keseksian tubuh badan. Jgn sampai iklan kecantikan mereka mengatasi iklan kecantikan kamu pula. Nanti kamu yg merana.


Sememangnya tdk ada org yg memilih pasangan hidup atas dasar kecantikan shj. Sudah tentu kita akan memilih seseorg yg berada dlm kategori baik, walaupun diri kita sendiri kurang baik. Itu sudah lumrah. Seorg artis pun akan meletakkan ‘beriman/soleh’ sbg salah satu kriteria wajib apb ditanya ttg sifat calon pasangan idamannya. Kita biasanya akan memilih berdasarkan pakej. Cantik dan baik adalah satu pakej yg menjadi pilihan. Maka seorg perempuan harus tahu bhw apb seorg lelaki menghampiri dirinya, itu bermakna si dia tertarik dgn pakej (baik+cantik) yg kamu miliki. Cumanya kamu perlu waspada, apakah sebab utama dia tertarik kpd kamu? Antara sebab baik dan sebab cantik, salah satu drpnya sudah tentu mempunyai kuasa tarikan yg lbh. Jika si lelaki itu meletakkan keutamaan pd sebab cantik, maka dgn sebab yg sama juga dia akan tertarik kpd perempuan lain. Maka tdk heran jika terjadinya dialog2 spt yg disebut di awal2 td.


Sy definisikan ‘baik’ di sini bkn shj baik dr segi perlakuan tetapi juga dr segi hubungan dan ketaatan kpd Tuhan (iA sy akan tulis mengenai perkara ini di lain masa). Ketaatan kpd Tuhan akan memberikan berkat dan rahmat kpd institusi keluarga, seterusnya menjadi antara sebab/faktor kebahagian. Perkahwinan yg tdk dibina atas dasar agama mudah mengalami tsunami. Kita mungkin biasa dgr ungkapan ‘bagai pinang dibelah dua’ atau ‘merpati dua sejoli’. Tetapi pd hakikatnya jarang ada pasangan yg berlainan jantina, yg berbeza cara hidup dan didikan, yg berlainan hobi dan minat mampu serasi dan bertolak ansur dlm semua keadaan dan masa. Pasti akan timbul perbalahan atas sebab ketidakserasian. Sebab itu agama dtg utk menyatukan dua insan ini supaya walau macam mana pun perbezaan dan ketidakserasian antara mereka, mereka tetap akan kembali bersatu dlm perkara akidah dan ibadat.


Ada org cakap kalau isteri tu jenis yg tak tutup aurat, maknanya dia melanggar arahan Tuhan. Kalau arahan Tuhan pun berani dilanggar, maka tak mustahil dia berani ingkar arahan suami. Terlalu berat tuduhan tersebut. Kurang tepat utk kita kaitkan satu kesalahan dgn kesalahan yg lain tanpa ada sebab yg kuat utk mghubungkannya. Lagipun cinta dan patuh kpd Tuhan tdk sama dimensinya dgn cinta dan patuh kpd suami. Ia dua perkara yg sgt berbeza.Kadang2 kita (yg belum kahwin) sedar ttg beberapa keburukan perangai yg ada pd pasangan kita. Tetapi kita cenderung utk menutup sebelah mata drp melihat keburukannya itu, dgn harapan pasangan kita itu akan berubah apb dah berkahwin nanti. Sebenarnya kita (terutamanya wanita) telah mengambil satu risiko besar jika mengharapkan pasangan kita berubah hanya setelah berkahwin. Jika dia tdk berubah juga bagaimana? Sanggupkah menerima segala keburukan perangainya itu? Oleh itu, pastikan dia berubah terlebih dahulu sblm kamu bersetuju utk sehidup semati dgnnya.Maka hendaklah dipastikan siapakah pasangan anda itu. Adakah dia mengambil berat ttg kewajipan agama? Yg mana dia boleh diharapkan utk membimbing anda menjadi insan yg baik. Adakah dia seorg perokok? Yg mana akan membawa punca penyakit kpd anda dan anak2 anda, atau anda akan hidup bersendirian tanpa suami apb tua nanti kerana dia mati awal, atau anda terpaksa membiasakan diri mencium mulutnya yg berbau rokok itu. Sebab cinta mungkin tdk mengapa.


Bagi pihak lelaki pula, cuba tgk siapa bakal isteri anda. Mgkin dia seorg yg seksi dan suka mendedahkan tubuh badan yg mana dia sentiasa menjadi tontonan dan perbualan hangat dikalangan lelaki lain. Dan adakah dia mengambil berat ttg solat yg mana nanti senang utk kamu mengajaknya berjemaah bersama dan memastikan dia mencium tgn kamu setiap kali slpas solat. Kekadang benda2 yg nmpak remeh inilah yg menjadi sebab kesetiaan dan keutuhan hubungan suami isteri.Sekali lg ditekankan, yg perlu lbh berhati2 adalah wanita. Sebab had masa dia memilih pasangan hanya sehingga berlangsungnya akad nikah shj. Apb telah kahwin, maka sudah tdk ada guna utk menyesal lg. Dia terpaksa menyerah dirinya kpd suaminya dan menerima segala keburukan perangai suaminya. Berbeza dgn si suami. Had masa memilih tdk terhad pd hari pernikahan shj. Lelaki mpunyai kuasa cerai. Kalau tak suka dia boleh ceraikan shj isterinya atau pasang saja satu lg. Jadi peluang utk merana itu lbh kpd pihak perempuan. Fikirlah masak2 sblm menerima seseorg utk menjadi penghuni tetap dlm hati kamu.Sememangnya bilangan perempuan makin ramai, terutamanya di ipt. Mungkin disebabkan bilangan mereka yg mengalahkan bilangan lelaki inilah yg menyebabkan mereka risau sukar utk bertemu jodoh. Maka mereka cenderung utk berpakaian seksi dan berlumba2 mempertontonkan kecantikan kpd kaum lelaki. Kalau tak kerana terpengaruh dgn fesyen semasa, mungkin itulah sebab utamanya. Pun begitu sy harap sy tersilap dlm hal ini.Tdk dinafikan kecantikan memainkan peranan besar dlm pemilihan pasangan bg seorg lelaki. Kecantikan mungkin menjadi perkara pertama dlm proses memilih, TETAPI ia tdk menjadi perkara utama. Yg utama diambil kira oleh kebanyakan lelaki ialah kebaikan. Seorg lelaki sama sekali tdk akan menerima wanita yg jahat dlm hidupnya walau secantik manapun wanita tersebut. Tetapi lelaki mungkin sanggup menerima wanita yg serba kurang tetapi baik hati budi dan perilakunya. Baru2 ini ada berita dlm akhbar ttg seorg lelaki di Dungun, Terengganu yg sanggup memperisterikan tunangnya yg telah dipotong kaki kiri disebabkan kemalangan jln raya. Ternyata kekurangan dari aspek kecantikan dan fizikal tdk dpt mengalahkan perasaan cinta yg terbit drp hati budi yg luhur. Kalau fikir secara logik, siapa pula yg bodoh utk memperisterikan wanita yg cacat dlm keadaan ramai lg wanita yg sempurna. Tetapi realitinya sgt berbeza. Apb diri dh serasi, hati dah tenteram, maka kecantikan itu menjadi subjektif.


Mungkin golongan wanita skrg patut berusaha utk memperbaiki kecantikan dalaman lebih drp usaha mereka menonjolkan kecantikan luaran. Simpan sajalah kecantikan tubuh badan anda itu utk suami anda nanti. Siapa pernah tonton cerita hindustan:Paheli, lakonan Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee. Dalam satu scene ketika Shah Rukh Khan sedang berdua-duaan bersama isterinya (Rani Mukherjee), tiba2 dtg dua org lelaki mghampiri mereka utk menyampaikan pesanan. Pada masa itu, Rani Mukherjee dgn segera menarik selendang dibahunya utk menutup kecantikan wajahnya drp ditatap oleh org asing. Sy terkesima melihat situasi sebegitu dlm filem Hindustan yg tdk berlatar belakangkan agama Islam. Ternyata perbuatan sebegitu kelihatan sgt cantik dan sopan sekali. Seolah2 pengarahnya ingin menegaskan bhw kecantikan isteri hanyalah hak milik suami shj utk ditatap dan dihayati.


Ok, takat tu dulu. bye...


p/s: Kalau nk diharapkan pd kecantikan, selama mana kita mampu mengekalkannya. Jika harapkan pd kebaikan, sudah tentu kita mampu manjadi yg lbh baik.


http://danialle.blogspot.com

Bacalah al-Quran

Bacalah al-Quran


Ramai antara kita menyimpan sekurang2nya senaskah al-Quran di bilik masing2. Mungkin hanya sebilangan kecil shj drp bilangan yg ramai itu menjadikan alQuran sbg bacaan harian. Sebahagian drpnya mgkn sudah berbulan2 tdk menyentuhnya dan mgkn ada juga yg hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat shj. Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sbg perhiasan shj.


Sbg muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita utk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tdk tertarik utk membaca sesuatu yg kita tdk faham. Mungkin artikel ini boleh memberi anda sedikit harapan dan dorongan utk melazimi membaca al-Quran.Kebaikan membaca al-Quran sgt banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.


Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ” Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dn Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)


Mungkin tdk ada mslh utk membaca al-Quran pd ms iman tgh naik. Tetapi utk menjadikannya sbg rutin harian mungkin agak berat. Iman itu ada pasang surutnya. Antara cara mendorong diri supaya konsisten membaca quran ialah:


   1. Jangan simpan quran di tmpat yg sukar dicapai. Letaklah di tempat yg selalu anda lakukan kerja atau di tmpt yg senang dilihat supaya anda tdk lupa dan senang terdorong utk membacanya. Cthnya anda boleh menyimpan quran di atas meja belajar, sebelah komputer atau di kepala katil anda. Lebih mudah jika di simpan di tempat yg tdk memerlukan anda bgn dr kerusi anda. Maknanya simpan dekat dgn tmpat anda duduk dan dlm capaian anda.


   2. Jangan letakkan target yg luar biasa. Jika anda jarang2 membaca quran, sudah cukup baik jika anda ‘aim’kan utk membaca 7 baris ayat (setengah page) setiap hari. Jangan sekali-kali cuba utk membaca seberapa byk ayat yg mungkin (jgn tertipu dgn semangat), tetapi berusahalah utk melaziminya setiap hari wlaupun sekadar beberapa ayat. Anda tdk dikira benar2 berjaya jika mampu membaca 7 baris ayat tersebut, tetapi kejayaan yg sebenar ialah apb 7 baris ayat itu sebati menjadi bacaan rutin harian anda. Setiap org boleh meletakkan target masing2 berdasarkan kemampuan diri.


   3. Bermulalah dgn surah yg anda minati. Jika anda tdk tahu surah apa yg anda minat, sy syorkan anda mendengar (mp3) bacaan surah Yusuf oleh Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Dapatkan ‘feel’ drp alunan bacaannya. Kemudian bacalah bermula dari surah tersebut dgn menggunakan alunan lagu yg sama.


   4. Bagi yg belum lancar bacaan, gunakanlah sedikit duit utk membeli vcd bacaan quran yg mempunyai visual ayat dan audio bacaan. Software ini sgt membantu utk kita mengenal pasti cara bacaan yg betul. Rujuklah software ini apb bacaan anda tersangkut atau anda tdk yakin bgaimana cara sebutan yg btul.


   5. Kadang2 kita ada keinginan utk membaca quran. Tetapi keinginan itu terbantut disebabkan rasa malas utk ke bilik air mengambil wudhuk. Barangkali sejuk utk membasahkan diri. Lawatilah quranflash.com. Gunakanlah paparan quran yg cantik itu dgn sebaiknya. Anda tdk perlu bersusah payah utk berwudhuk terlebih dahulu. Anda juga boleh membacanya pd bila2 masa shj. Apa salahnya jika meluangkan sedikt masa anda di depan komputer utk membaca quranflash ini. Utk pengetahuan anda, setiap kali anda melayari quranflash, ia akan membuka paparan pada muka surat yg sama spt mana ketika anda menutupnya. Jadi anda boleh melanjutkan bacaan anda secara konsisten sehingga surah yg anda baca itu tamat.


Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah untuk sentiasa mendengar, membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.


p/s: Tahukah anda, masa yg diambil utk membaca satu muka surat (15 baris ayat) dengan kadar (kelajuan) bacaan yg normal hanyalah 4 minit shj. Maknanya hanya 2 minit shj diperlukan setiap hari utk membaca separuh muka surat drp quran.


http://danialle.blogspot.com/

Dosa & Taubat

Dosa & Taubat


"Seorang hamba melakukan dosa dan berdoa: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku'. Tuhan berfirman: 'HambaKu mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yg akan mengampuni dosanya’, maka Tuhan pun mengampuninya. Kemudian waktu berlalu sehingga orang itu kembali melakukan dosa. Dia pun kembali berdoa: 'Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku'. Tuhan berfirman: 'HambaKu mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yg mengampuni dosanya', maka Tuhan pun mengampuninya. Kemudian dia terus dalam keadaan demikian hingga akhirnya dia kembali melakukan dosa. Dan dia berdoa: 'Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku'. Tuhan berfirman: 'HambaKu mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dan menghapus dosa'. Maka Tuhan berfirman: 'Aku telah beri pengampunan kepada hambaKu, dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Begitulah perihalnya manusia. Setiap drpnya pasti melakukan dosa dan maksiat. Melakukan dosa adalah fitrah bagi manusia. Sebagai insan yg biasa kita sentiasa bertarung dgn godaan syaitan dan kebiasaannya kita tewas dan terlalai. Itu adalah titik tolak bagaimana hati dicemari dosa. Ia adalah suatu perkara normal yg sukar utk dielak. Ibarat sehelai baju, apb dipakai sambil melakukan kerja maka kotorlah baju tersebut. Oleh itu kita perlu rajin mencucinya supaya segala kekotoran yg melekat itu dpt dibersihkan. Sangatlah penting bg seorg insan apb melakukan dosa, ia segera bertaubat kpd penciptaaNya. Mengadu segala kesalahan dan dosa yg telah terpalit di hatinya. Dan tiba suatu masa ia akan kembali mengulangi perbuatan dosa. Begitulah putaran hidup manusia, sentiasa melakukan dosa dan maksiat. Justeru itu hendaklah diimbangi dosa dan maksiat itu dgn taubat. Jgn sekali2 jemu utk bertaubat dan beramal. Sesungguhnya Allah tdk akan jemu sehingga kita merasa jemu. Jgn disebabkan byknya dosa, maka kita berputus asa dan makin menjauhkan diri drp Tuhan. Jdkanlah dosa itu sbg batu loncatan utk kita makin dekat kpd Tuhan.


"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kpd Allah SWT, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah SWT dalam satu hari sebanyak seratus kali". (Hadis riwayat Muslim)


Akan berlalu masa2 tertentu di mana kita merasakan diri makin jauh drp Tuhan. Kita makin kurang beramal lantaran rasa kemanisan beramal itu semakin pudar dlm jiwa kita, malah kita makin kerap tergelincir melakukan dosa. Inilah pasang surut iman. Setiap insan pasti akan melaluinya. Seperti kata ulama: “Iman itu bertambah dan berkurang”. Apb ia bertambah, maka kita terasa sgt mudah utk melakukan amal kebaikan, dan terasa sgt khusyuk ketika beribadat. Tetapi apb iman merundum, kita mula merasa resah dan gelisah. Kita mula melonggarkan prinsip2 asas dlm agama. Kita mula membenarkan diri kita hanyut dlm alunan lagu2 yg mengasyikkan, membiarkan diri leka menonton cerita2 yg tdk bermanfaat, mula membanyakkan tidur dan mengambil remeh ttg waktu solat.Ini semua terjadi kerana ikatan hubungan antara kita dan Tuhan telah longgar. Kegelapan dosa dan maksiat mula melingkungi hidup kita. Terasa sukar utk lepas drnya. Benar, dosa itu mampu menggelapkan hati kita dan menutupinya dari cahaya iman. Lantas kita makin hari makin berat utk beramal. Tentu kebanyakan kita pernah mengalami perubahan sebegini. Kadang2 terasa benar manisnya membaca ayat2 Allah, khusyuk benar rsnya melakukan solat2 sunat. Tetapi ada kalanya hati kita menjadi kosong. Pada ketika itu kita merasakan ibadat yg dilakukan tdk memberi kesan dan tdk mampu utk memenuhkan ruangan kosong dlm hati. Sehingga ruang tersebut dimasuki syaitan dan segala pengaruh kejahatan.Biasanya akan berlaku dua keadaan apb seseorg itu melakukan maksiat dan dosa. Situasi pertama ialah manusia akan terperangkap dlm zon gelap yang menyebabkannya makin jauh drp Tuhan, sehingga suatu masa dia mula merasakan dosa yg dilakukannya itu remeh dan kecil nilainya. Situasi kedua ialah manusia akan terdorong utk bertaubat dan lebih mendekati Allah disebabkan dosa yg dilakukan. Kitalah yg menentukan jalan pilihan masing2. Sama ada mahu terus dlm kegelapan atau bangkit melawan segala rintangan yg mghalangi kita menuju Allah.


"Sesungguhnya Allah SWT membuka tanganNya pada malam hari utk memberi ampun kpd orang yg melakukan dosa pada siang hari, dan membuka tanganNya pada siang hari untuk memberi ampun kpd orang yg melakukan dosa pada malam hari, (terus berlangsung demikian) sehingga matahari terbit dari barat". (Hadis riwayat an-Nasaai)


Ada beberapa cara Tuhan mengampunkan dosa manusia; antaranya


(1) Dia mgampunkan manusia disebabkan amal ibadat yg dilakukan. Kadang-kadang


(2) Dia mgampunkan manusia dgn menimpakan bala dan memberi ujian. Apb manusia bersabar dan redha menempuhi ujianNya, maka dia mengampunkan segala dosa hambaNya. Sebab itu akan ada beberapa gol manusia yg hidup susah dan menderita, tetapi apb mereka kembali kpd Allah, mereka dapati begitu byk nikmat yg Allah sediakan utk mereka di akhirat.


(3) Allah juga mengampunkan dosa dgn adanya taubat dan penyesalan.


Kadang2 kita terlalu memberat-beratkan proses taubat. Dengan tanggungan dosa yg byk, maka kita merasakan tdk akan diterima taubat tanpa adanya qiamullai, tahajud, dan amalan sunat yg byk. Minda sedemikian menyebabkan kita merasa sukar utk bertaubat, sehingga kita bertangguh mencari masa yg sesuai utk melakukan semua itu. Lantas syaitan memasuki hati kita dan merosakkan niat kita utk bertaubat. Walhal taubat mestilah disegerakan setiap kali melakukan dosa. Jgn disebabkan terlalu mencari kesempurnaan taubat, maka peluang bertaubat itu tertutup. Sebenarnya tdk menjadi syarat adanya qiamullai dan tahajud utk bertaubat. Taubat itu sudah dipenuhi syaratnya dgn ucapan istighfar yg lahir dari hati yg ikhlas dgn penuh rasa penyesalan dan rs bersalah kpd Allah atas maksiat yg dilakukan, dan timbul keazaman utk tdk kembali kpd maksiat itu lg. Dgn adanya perasaan sedemikian, Allah dgn segala sifat pengampun dan pemurahnya akan menggantikan segala dosa hambaNya itu dgn kebaikan yg byk.


"Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk". [Huud: 114]


Kata ibn Qayyim: “Ada manusia yang disebabkan maksiat masuk syurga”. Sememangnya maksiat itu haram lagi berdosa. Tetapi apb terjatuh dlm jurang maksiat, kita rasa menyesal dan spt yg telah dikata, penyesalan itu satu taubat. Akan lahir rasa bersalah yg teramat dan mula berusaha mendekati Tuhan dgn amalan2 tambahan selain menekuni ibadat fardhu. Kadang2 dosa itu menjadikan kita lbh dekat dgn Allah, dgn dosa kita mampu mghinakan diri di hadapan Allah, dgn dosa kita mampu merasa kemanisan ibadat, dgn dosa lahirnya rasa takut. Dan dgn dosa itu juga kita lbh kenal siapa diri kita. Benarlah spt yg dikata, dosa yg melahirkan rs bersalah dan penyesalan itu lbh baik drp ibadat yg menumbuhkan riak.


Dalam keadaan biasa mgkin sukar utk kita menangis di hdpn Allah. Tetapi dgn bebanan dosa yg berat, kita mampu utk bangkit di tgh mlm, mandi dan berwuduk dlm kesejukan, membersihkan diri dari segala kekotoran, lantas menghamparkan sejadah utk bermunajat, merintih dan meminta belas kasihan drp Allah atas segala perbuatan yg lalu. Dgn adanya dosa, ibadat kita mnjd khusyuk. Dgn dosa kita mampu menangis. Dan dgn dosa juga kita bertaubat dan makin mendekati Tuhan. Tdk ada istilah putus asa dlm taubat. Dia Maha Pengampun. Selain syirik, dosa apakah yg tdk diampunkanNya? Walau sebesar gunung sekalipun dosa yg terkumpul, besar lagi sifat Pengampun dan Penyayang yg dimiliki Allah.


"Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Az-Zumar: 53)


http://danialle.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=50

Sikap Terhadap Rasul

 


“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzaab: 21)


Anda tdk perlu melanjutkan bacaan jika anda tdk bersetuju bhw rasulullah saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.


---------------------------------------------


Kita sedar dlm agama ini ada pelbagai pendapat ulama yg mungkin berbeza2 wlaupun pada isu yg sama. Perkara ini kita namakan khilaf. Khilaf ini terjadi disebabkan perbezaan pandangan dan ijtihad yg dibuat. Kita tahu mereka telah sedaya upaya merujuk kpd quran dan sunnah sebelum memutuskan utk mengeluarkan sesuatu ijtihad. Tetapi yg kekal maksum hanyalah rasul saw. Selain drp rasul, wlau sebesar manapun darjat ilmunya, ia tetap terdedah kpd salah dan silap. Maka hendaklah kita bersedia utk mengikut ijtihad yg lbh kuat apb mengetahui pandangan yg selama ini kita pegang adalah kurang kuat.Ada golongan agama yg berpendapat boleh membuat tambahan dlm ibadat, asal saja ia suatu yg baik. Maka mereka berdoa slpas solat jenazah wlaupun jelas nabi tdk melakukan yg demikian. Kata mereka tambahan ini (berdoa slps solat jenazah) suatu perkara yg baik. Takkan berdoa pun salah?Kita semua tahu cara ibadat ini hanya sahih jika diambil drp nabi saw shj. Tdk boleh mana2 golongan agama walau sebesar mana sekalipun darjatnya, mereka suatu cara atau bentuk ibadat yg tdk ada di dlm sunnah. Ibadat adalah urusan Tuhan dan disampaikan melalui ajaran rasul, sedang kita hanyalah pengikut.“....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya .....” (Al-Hasyr: 7)Cuba kita telusuri ibadat yg selama ini kita amalkan. Adakah sama dgn yg di ajar oleh nabi? Paling mudah kita melihat kpd amalan asas kita iaitu solat fardhu. Telah sahih nabi saw tdk melafazkan niat (iaitu membaca usolli) ketika hendak memulakan solat. Niat adalah perbuatan hati. Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah, sama ada solat, puasa atau zakat untuk mengucapkan atau melafazkannya. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati setiap orang. Mungkin ada yg kata, “Kita ni org melayu, kalau baca usolli tu nanti senang la sikit niat nk masuk, takkan la lafaz usolli pun bida’ah?”.Malah masyur juga dikalangan kita yg membaca surah An-Nas ketika hendak memulakan solat. Nabi saw tdk pernah mengajar hal ini kpd sesiapa. Kata mereka ini semua utk mengelakkan was-was syaitan di dlm solat. Lagipun yg dibaca itu adalah satu surah drp al-quran. Tidakkah itu amalan yg baik?


Nabi juga tdk membezakan tatacara solat antara lelaki dan perempuan. Umum hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang" (Riwayat al-Bukhari). Tetapi ramai drp kita cuba utk memperkemaskan lg tatacara solat yg nabi ajar. Maka di ajar kpd kaum wanita semasa angkat takbir, rukuk dan sujud, lengan mesti dirapatkan ke tubuh dan anggota yg renggang mesti dirapatkan; sedangkan ini semua tdk diajar oleh nabi. Tapi kononnya apa yg mereka buat itu lbh sopan dan beradab.Sahih juga bhw nabi saw tdk menyapu muka slpas mberi salam di dlm solat. “Eh, ikut suka aku la nk sapu muka pun, benda kecik je tu, bukan batal pun solat kalau sapu muka”.Begitu juga hadis nabi sahih menyatakan bhw nabi membaca 'Astaghfirullah' sebanyak 3 kali slps solat tanpa tambahan al’azim atau tambahan lain. “Ye la nabi istighfar 3 kali je slps solat, tp kita ni byk dosa, kena la istighfar lbh byk, yg byk tu dh tentu lbh baik”.


Para pembaca sekalian,Kalau Allah mahu, Dia boleh mghidupkan nabinya sehingga ke hari ini. Soal nyawa adalah kuasa mutlak Allah taala. Namun yg demikian tdk terjadi; kerana yg mnjadi tajuk penting dlm perkara iman ini bknlah terletak pd batang tubuh nabi, tetapi apa yg dibawa dan diajar nabi kpd kita. Itulah yg perlu kita ikut dan amalkan. Sebab itulah para ulama mensyaratkan tiga perkara besar dlm ibadat: (1) ibadat mestilah mempunyai akidah yg sahih, (2) ibadat mestilah ikhlas kpd Allah dan (3) ibadat mestilah sama spt yg ditunjukkan di dlm quran dan sunnah.Malah di dlm khutbah jumaat semalam pun khatib telah mengingatkan bhw amalan ibadat ini sekalipun ikhlas tetapi jika tidak betul maka ia tidak diterima. Begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima, sehinggalah ianya menjadi ikhlas dan betul (Khutbah jumaat masjid An-Nur, 26 Oct 07).


Sama juga dlm bab beriman kpd rasul. Cinta shj tdk mencukupi melainkan kita turut ikut apa yg diajar. Sekadar mengikut juga dianggap kurang, melainkan adanya perasaan cinta dan sayang; sehinggalah perasaan cinta dan ikut itu menjadi satu di dlm hati kita.Kebanyakan kita pd hari ini kurang merasa kemanisan mengikut rasul. Maka kita cenderung utk menambah, mengurang atau membuat sedikit kelainan terhadap apa2 yg telah pun ditunjuki rasul melalui hadisnya yg sahih. Dgn alasan kelainan yg dibuat itu kecil shj, itu perkara furuk, malah tdk pun membatalkan ibadat.Di sini kita tdk mahu membincangkan ttg betul atau salah, sah atau batal, kecil atau besar dan bida’ah atau tdk bida’ah. Tetapi kita ingin mengajak semua pembaca melihat kpd suatu sudut yg lain.Bayangkan, anda mempunyai seorg isteri. Suatu pagi, isteri anda menghidangkan secawan teh kpd anda. Anda minum seteguk dan berhenti. Kemudian anda ambil satu sudu gula, tambah ke dlm cawan dan kacau. Slps itu barulah anda meminumnya sehingga habis. Sepanjang anda meminum teh itu, anda langsung tdk memberi komen atau kritikan kpd isteri anda. Tetapi, perbuatan anda menambah gula ke dlm air itu sudah cukup utk memberi mesej yg jelas kpd isteri anda bhw teh yg dibuatnya itu kurang manis, kurang sedap atau tdk cukup rasanya. Serasa anda, adakah perbuatan anda itu menggembirakan isteri anda atau mengguris hatinya? Anda ada jawapannya.


Sekarang cuba bayangkan, nabi berada di depan anda, mengajar bagaimana utk melakukan solat jenazah. Kemudian nabi sendiri menjadi imam, kita dibelakangnya menjadi makmun, nabi takbir kita pun takbir, nabi membaca doa kpd jenazah di dlm solat dan kita turut membaca sptmana yg diajar, nabi menutup solat dgn memberi salam dan kita pun memberi salam. Nabi selesai di situ, tetapi kita dibelakang menyambungnya dgn membaca doa. Pada ketika itu, adakah doa yg kita baca itu suatu ibadat atau suatu pghinaan terhadap rasul? Apakah ia suatu kegembiraan atau baginda akan merasa terhina dgn perbuatan kita itu?Atau cuba anda bayangkan, nabi mengimani kita di dlm solat fardhu. Ketika nabi saw ingin mengangkat takbirratulihram...makmun dibelakang sok sek sok sek (membaca surah An-Nas), sok sek sok sek (membaca usolli). Sedang nabi hanya sekadar bertakbir ‘Allahuakbar’ shj. Apakah cara makmun atau cara nabi yg lebih sempurna? Adakah kita menganggap nabi ketika hidupnya dahulu, tdk prihatin ttg masalah was-was solat, sehingga baginda terlupa mengajar kita utk membaca surah pelindung drp gangguan syaitan?


Ini bukannya soal amalan yg ditambah itu betul atau salah. Kita tdk pertikaikan dari sudut itu, ttp kita melihat dari sudut sikap terhadap rasul. Apakah kita merasakan tdk cukupnya ajaran rasul? Sehingga perlu kpd penambahan yg lain. Tidakkah kita pada awal perbincangan telah bersetuju bhw nabi saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.Perbuatan menambah atau mengubah cara ibadat yg diajar oleh nabi saw adalah suatu gambaran seolah2 apa yg diajar nabi itu tdk cukup sempurna, tdk berapa sesuai dgn kita; sebab itulah ditambah bacaan2 tertentu spt bacaan ‘usolli’ supaya niat solat menjadi lbh sempurna dan lbh sesuai dgn kemelayuan kita.Padahal telahpun sempurna agama ini sejak lama dahulu, tanpa perlu lg kpd sebarang penambahan. Apa yg tdk menjadi agama ketika nabi hidup, ia juga tdk menjadi agama setelah nabi wafat. Tugas kita sekarang ialah mewarisi ajaran nabi dan mengekalkannya spt mana ketika ia diturunkan.Begitulah juga dlm hal ibadat2 yg lain. Kita tdk hendak berbicara ttg betul atau salah. Ttp kita hendak semua melihat dlm diri masing2, sejauh manakah rasul itu terletak dlm hati kita. Sejauh manakah sikap kita dlm mentaati rasul. Apakah telah sampai kita kpd sebenar-benar iqtikad dan pengakuan bhw rasul saw itu adalah sebaik2 ikutan. Atau kita sekadar mengucapkannya di mulut, kemudian mengikut mana yg berkenan shj.


Saya kira kita ini kurang merasa cinta dan mengikut rasul adalah kerana apb membaca atau mendengar hadis2 nabi saw, kita tdk merasakan ianya betul2 diucapkan oleh nabi, sebab itu kita meremehkannya. Seolah2 nilai ucapan nabi itu sama shj spt ucapan insan-insan yg lain."Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya" (An-Najm: 3-4).Para pembaca sekalian, sama2lah kita perbetulkan iqtikad kita, sehingga mnjadi kejap di dlm hati bhw petunjuk rasul adalah yg terbaik. Tidak salah utk beristighfar sampai 100 kali pun slpas solat, tetapi hendaklah kita tetap mengatakan apa yg ditunjukkan dan diamalkan oleh nabi itu adalah yg terbaik, walaupun hanya sebanyak 3 kali.Hendaklah kita cuba sedaya upaya utk mentaati ajaran dan petunjuk rasul, walaupun hanya pada bab menyelati jari kaki ketika berwuduk. Kerana yg demikian itulah ukuran kecintaan kita terhadap rasul.


Mungkin akan ada yg mempertikaikan apa yg telah disebut. “Ye la, sesetengah tu mmg la tak de dlm sunnah, tp tak semestinya tak boleh buat, ustaz pun ramai yg buat”. Setiap org ada sandaran dan rujukannya dlm beramal. Apb kita balik ke akhirat nanti, kita akan ditanya ttg amalan kita dan siapakah sandaran kita dlm melakukan ibadat. Ada yg bersandarkan ustaz, ada yg bersandarkan tok guru, ada yg bersandarkan tok imam dan bermacam2 lg. Tetapi kita menyandarkan amalan kita hanya kpd nabi saw. Kerana kita yakin apa yg dibawa oleh nabi adalah yg terbaik, wlaupun dari sudut akalnya kelihatan kurang berbanding amalan org lain.Bukan yg utama di dlm ibadat ini jumlah sikit atau byknya amalan, tetapi yg penting ialah sama spt sunnah. Ada dikalangan para sahabat rasulullah ingin bersolat malam terus menerus, ada yg ingin berpuasa sepanjang masa dan tidak mahu berbuka serta ada yg ingin menjauhi wanita dan tidak ingin berkahwin selama-lamanya. Kemudian nabi saw datang kpd mereka dan berkata:“Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling takwa kepadaNya. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


Wallahua'lam...


http://danialle.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=50

Selasa, 18 Maret 2008

Larangan berbuat zalim

Larangan berbuat zalim


Baca, hadis yang best dari ambil dari Hadis Arbain, hadis yang ke 24.


    Abu Dzar al-Ghifari r.a. menerangkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabb-nya, ‘Azza wa Jalla, sesungguhnya Dia berfirman:


    “Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman kepada diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu saling menzalimi.”


    “Wahai hamba-Ku, kamu semua tersesat, kecuali yang Ku-beri petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk kepada-Ku, nescaya Aku memberikannya kepadamu.”


    “Wahai hamba-Ku, kamu semua lapar, kecuali yang Ku-beri makan. Oleh kerana itu, mintalah makan kepada-Ku, nescaya Aku memberikannya kepadamu.”


    “Wahai hamba-Ku, kamu semua telanjang, kecuali yang Ku-beri pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya Aku memberikannya kepadamu.”


    “Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu semua berbuat salah di malam hari dan siang hari. Sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Oleh kerana itu, mohonlah ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampunimu.”


    “Wahai hamba-Ku, kamu tidak akan mampu memberi mudharat untuk-Ku sehingga boleh menimpakan mudharat kepada-Ku. Dan kamu tidak akan mampu memberi manfaat untuk-Ku sehingga boleh memberikan manfaat kepada-Ku.”


    “Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia di antara kamu berada pada hati orang yang paling bertakwa di antara kamu, maka hal itu tidak akan menambah apapun terhadap kekuasaan-Ku.”


    “Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia berada pada hati orang yang paling jahat di antara kamu, maka hal itu tidak akan mengurangi apapun dari kekuasaan-Ku.”


    “Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia, berkumpul di sebuah bukit dan mohon kepada-Ku. Lalu Aku mengabulkan permohonan mereka masing-masing, maka hal itu tidak mengurangi sedikitpun apa-apa yang ada pada-Ku, kecuali seperti jarum yang dicelupkan ke laut dan diangkat lagi.”


    “Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mencatat amalmu dan membalasnya. Oleh kerana itu, barangsiapa mendapatkan kebaikan, maka hendaklah ia memuji Allah. dan barangsiapa mendapatkan selain itu, maka janganlah mencela, selain dirinya sendiri.”


    Hadis Riwayat Muslim.


Hadis ni penuh dengan kasih sayang, kecintaan dan kehebatan Allah. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam. Tidak Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia.


Sesungguhnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.Katakanlah, “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang sebanding dengan Dia.”Al-Ikhlas: 1-4


http://nazrulamir.farlyk.com/

Hati yang rapuh

Hati yang rapuh


Hati yang rapuh? Macam tak sesuai je tajuk. Mungkin lebih sesuai letak ‘hati yang mudah berubah’, tapi bunyi tajuk ni cam sedap sket. :)Rupa-rupanya, hati ini terlalu rapuh. Begitu mudah berkecai, begitu mudah hancur, begitu mudah rosak, begitu mudah berubah-ubah, begitu mudah berbolak balik. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya begitu merindui Allah, tetapi saat berikutnya hatinya sudah terleka dengan perkara lain. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya tunduk pada Allah, saat berikutnya ia engkar kepada Allah.Jadi adakah hati itu boleh menjadi kuat? Bolehkah hati itu diperkuatkan? Aku melihat bahawa hati itu akan sentiasa rapuh, akan sentiasa menjadi sesuatu yang mudah berubah. Dan aku melihat hati itu tidak boleh diperkuatkan. Sifatnya memang seperti itu, berbolak-balik.


Jadi bagaimana? Hati itu hanya menjadi terfokus dan tetap kerana Allah-lah yang sentiasa memelihara, menjaga, monitor, memantau dan meluruskan hati itu. Jadi, tanpa amal-amal wajib dan amal-amal sunnah yang berterusan dan konsisten, maka terputuslah bantuan dari Allah untuk penjagaan hati itu kerana Allah-lah yang memegang hati-hati manusia ini.


Jadi, saat kita terlalai itulah, hati terlepas dari penjagaan Allah lalu ia menjadi tidak tenang dan tidak stabil. Wallahu’alam. Peringatan untuk diri sendiri.


http://nazrulamir.farlyk.com/

Muhasabah Diri

Muhasabah Diri


Apabila berbicara tentang muhasabah, tidak kerap kita melihat dan memikirkan teantang diri kita sendiri. Selalu pula kita menyalahi pihak lain atau keadaan apabila berlaku musibah ke atas diri kita. Kita melihat pihak lain sebagai punca kekusutan dan kekacauan, kita salahkan keadaan, kita libatkan orang-orang yang tidak berdosa, kita salahkan takdir, kita tuding jari ke arah orang sekeliling. Kenapa tidak kita lihat diri kita terlebih dahulu?, kita selidik diri sendiri - apa yang silap pada diri kita (yang ini susah sedikit, sebab jarangkali kita dapat melihat kesalahan dan kekurangan diri sendiri, kecuali ada yang menegur atau memberitahu, bukan begitu?), apa yang tak kena pada diri kita, apa yang telah kita lakukan dan sebagainya. Cermin diri dan hati terlebih dahulu, balik ke pangkal masalah, pulang ke fitrah dan lihat-lihatlah diri kita sendiri. Yakinlah, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui setiap perkara yang berlaku, redhalah hendaknya kita dengan suratanNya.


Muhasabah


Tanyalah dirimu
Berpaksikah fikiranmu dengan al-Quran?
Bersaksikah tingkahmu pada sunnah?
Rintihlah selalu akan dosamu
Carilah iman kerna nafsu itu buta semata
Mampukah kau nanti bertawajjuh dalam mahkamah Illahi?
Berhujah yang hakiki sebenarnya songsang
Kau petik untaian bicara yang palsu belaka
Sebar ke merata telinga dan mata bak zikir merdu
Mengaburi mereka yang tidak asal-usulnya
Tidak gentarkah kau akan natijah yaumul jaza(hari pembalasan)?
MUHASABAHLAHlah dirimu supaya kembali ke fitrah insani
Redha akan segala suratanNya itulah yang hakiki
Renungkanlah detik kematianmu pada setiap henjutan nadi..


http://zulkifleehussain.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

Detik Kematian

Detik Kematian


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)


Acapkali kita terdengar tentang kematian, namun sejauh manakah kalimah kematian itu menyedarkan kita tentang hakikat kematian,hakikat azab kubur, hakikat yaumul jaza, hakikat syurga dan neraka?..Sedarlah bahawa saki baki umur kita sudah makin singkat, semakin hari semakin dekat kita dgn pintu kubur. keduniaan akan menyuruh kita pergi dan kubur memanggil datang, namun pada sebenarnya kehidupan kita sekarang ini semakin sibuk bergelut dengan keduniaan, semakin dekat kita degan lubang kubur semakin bertambah sayang kita pada keduniaan, semakin bertambah sayang kita akan harta benda yang sudah pasti dan pasti kita akan tinggalkan dan tidak akan kita bawa ke lubang kubur..Apakah silap kita? Adakah kerana kita yakin dunia ini kekal abadi? Adakah kita tidak tahu bahawa adanya azab kubur selepas kematian? Saya yakin bahawa smua orang percaya akan hakikat kematian dan tak kurang juga dengan hakikat azab kubur, namun tak semua orang akan sedar tiap saat dan ketika akan perkara ini lantaran keduniaan yang sangat menipu.


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)


Maha benarlah kalamullah bahawasanya kamu tidak dapat tidak akan merasai DETIK KEMATIAN,ajal akan tetap datang menjemput walaupun kita berada dalam istana-istana atau benteng-benteng yang amat kukuh binaannya.Allah mencipta alam ini dengan seribu satu macam keindahan dan kecantikan untuk menguji sejauh manakah iman kita, sejauh manakah kita yakin dan percaya bahawa dunia hanya tempat persinggahan dan kehidupan akhirat sahajalah persinggahan yang kekal abadi. Marilah wahai sahabat-sahabatku kita ambil masa walaupon secebis untuk kita muhasabah dan renung sejenak tentang hakikat kematian kita, jika Allah menjemput kita pada tika dan saat ini, adakah kita akan bersedia menemui Allah dengan bekalan amalan yang cukup? Jangan lah menanti nafas di hujung helaan baru kita akan sedar hakikat taubat.Sesungguhnya pada saat itu tiada gunanya lagi kita memohon untuk dikembalikan nyawa kita walaupon kita berjanji dengan Allah untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan berbuat kebaikan di atas muka bumi.Marilah kita sama-sama hayati hidup ini itu dapat meresap masuk dalam jiwa kita dan menjadi titik tolak kepada kita untuk kembali fikirkan asal tujuan penciptaan manusia, yakni untuk pengabdian diri kepada Allah..jangan lah sekali-kali kita tunduk kepada dunia yang semakin hari semakin menipu manusia..


"Ya Allah ya Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan yang lurus sepertimana yang telah Kau tunjukkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami.Terimalah taubat kami ya Allah, Kau tarbiahlah kami ya Allah supaya kami selalu ingat akan mati, dan supaya dengan itu akan tersemai cinta kami hanya buatMu ya Allah.Janganlah kau biar kami terkapai-kapai dalam kealphaan setelah Kau beri pentunjuk kepada kami..Amin ya Rabbal 3alamin..."


http://zulkifleehussain.blogspot.com/2008_01_01_archive.htm

Ayah Ibu

 


Assalammualaikum wbt..


Segala puji-pujian hanyalah kepada Sang Pencipta alam, Allah Rabbul Jalil. Selawat serta salam untuk rasul junjungan , moga disyafaatkan.


Sudah seminggu lebih kiranya saya tidak mengarang di laman maya ini,akan tetapi malam ni tergerak hati ini untuk menulis sepatah dua lontaran perasaan setelah saya teringatkan mak ayah di kampung  dan apa yang telah berlaku pada diri ini, memang bertambah syahdu malam yang kian menghampiri subuh ini.Bukan kerana saya seorang anak yang manja atau 'homesick' ataupon tidak boleh berdikari di atas kaki sendiri di bumi yang jauh dari kedua ibu bapa, tetapi ingatan bersama kerinduan ini datang setelah memikirkan sejauh mana tanggungjawab yang telah saya jalankan sebagai seorang anak untuk kedua ibu bapa saya.Ternyata masih banyak tanggungjawab yang tak tertunaikan lantaran kelemahan dan kedhaifan diri sendiri,tambahan pula berada di negara berlainan maka mustahil untuk membantu mereka dari segala segi, susah payah ayah siapa yang hiraukan, sakitnya siapa yang akan pedulikan jika bukan anaknya, itulah hakikatnya ayah kini sering kesihatannya tidak stabil , sering tersekat-sekat nafasnya bila berbicara dengannya melalui telefon.Emak pula makin hari makin lesu dek kerjanya yang begitu menekan untuk membuat 'overtime',bertambah saban hari. Saya tahu semua pengorbanan mereka ini dilakukan demi untuk mencari rezeki halal untuk kehidupan anak-anak mereka ini.


Sedikit sekali ucapan terima kasih atau penghargaan yang saya lafazkan buat mereka setelah mereka berpenat lelah membesarkan saya hingga ke saat ini walaupon mereka tidak meminta akn semua itu ; Dahulunya saya mempunyai satu 'permata' yang sangat berharga dan sangat saya sayangi , namun 'permata' itu hilang dek kedhaifan saya sendiri kerna tidak mampu menjaganya dengan baik dan betul,kini tiada lagi kasihnya dan permata itu kian kabur dari pandangan mata ini,namun pada mata hati ia tetap ada dan kilauannya akan memancar jelas hingga ke akhir hayat, moga penjaganya kini jauh lebih indah dan mulia pekertinya. Hanya kepasrahan mampu mejirus dan membersih lumpur kedukaan ini lantaran semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah swt,Zat Yang Maha Esa. Muhasabah kembali, ternyatalah hanya kasih ibu bapa sahajalah yang sejati dan tak bertepi, kasih Allah dan rasul adalah yang abadi dan hakiki ,kekal selamanya.


Wahai saudara-saudara seIslamku, ingin ku nasihati diri ini dan kalian semua agar berbakti kepada kedua ibu bapa kita dan berbuat baik kepada mereka sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw:Dari Abi Abd Rahman Abdullah Bin Mas'ud RA: beliau berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Amal apakah yang lebih disukai Allah? Baginda SAW menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: "Seterusnya apa?" Jawab baginda SAW: "Berbuat baik kepada kedua ibu bapa". Aku berkata lagi: "Seterusnya apa ?" Jawab Baginda SAW: "berjihad di jalan Allah".(Muttafaq 'Alaih) [al-Bukhari:2782, Muslim: 137]


Ternyata berat sekali tuntutan amalan berbuat baik kepada ibu bapa ini, perbuatan baik terhadap kedua ibu bapa ini membawa kepada kesukaan Allah swt, dan tentu sekali kita akan mendapat limpah rahmat kasih sayang Allah swt atas perbuatan kita itu. Namun, barangsiapa yang tidak berbuat baik kepada kedua ibu bapa, maka celakalah orang itu wanau'zubillahhumunzaalik..Sabda Rasulullah saw:Dari Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda: Celakalah, celakalah, celakalah sesiapa yang mengenali ibu bapanya ketika mereka tua, sama ada salah seorang atau kedua-dua mereka, dan dia tidak masuk syurga (Muslim:2551)


Maksud hadith di atas ,celakalah manusia yang sempat hidup dengan ibu bapa mereka atau salah seorang daripada mereka ketika ibu bapa itu tua akan tetapi tidak berbuat baik kepada mereka. Jadi harus kita fahami dengan sebetul-betul kefahaman bahawa mengenali ibu bapa bagi seseorang anak adalah ia berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab membela nasib kedua orang tua mereka, mengasihi dan menyanyangi mereka dengan sepenuh hati, dan bukan sekadar menghulurkan wang atau material semata-mata.Apabila mereka sudah tua dan mencapai tahap kenyanyokan,maka sudah menjadi tangungjawab kita untuk menjaga kencing berak, makan pakai mereka tanpa rasa sebarang keberatan dan kejijikan walaupon sekadar di dalam hati,dan jika terdetik sebesar zarah sekalipon akan perasaan itu,cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah swt .Moga dengan itu akan terhindar kita dari kemurkaan Allah swt, insyaAllah. Sesiapa yang berjaya melakukan semua itu, maka terlepaslah mereka dari kecelakaan dan azab neraka Allah swt.Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menzahirkan sifat mahmudah itu terhadap kedua ibu bapa kita..


 Pilu hati ini melihat anak-anak menagis tanda sayang mereka terhadap ibu bapa mereka,namun bertambah-tambah pilu apabila melihat ibu dan bapa itu sendiri menzahirkan tangisan mereka buat anak-anak..Moga ini semua mampu memadamkan sifat ego kita dalam menitiskan air mata penghargaan bagi mengenangkan pengorbanan ibu bapa selama ini sama ada dalam kita sedar mahupon tidak.Merekalah(ibu bapa) orang yang terbaik yang sentiasa di samping kita dalam senang ataupon susah, kasih merekalah yang abadi dan tidak akan membawa kekecewaan..Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia . Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. (al-Isra': 23-24)


Walluhua'lam..


http://zulkifleehussain.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

Menanti di Barzakh

Menanti di Barzakh


Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata


Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya


Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku


Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian


Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,


Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi


Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan..


http://zulkifleehussain.blogspot.com/

Ratu Hati

Ratu Hati


asslammualaikum wbt..


Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang dan kekuatan kepada


saya untuk mencoret kembali sepatah dua dalam entri kali ini.Selawat


dan salam buat kekasih Allah, Rasul yang tersangat kita sanjungi dan


cintai..Moga kita mendapat syafaat Baginda saw di hari yg tidak ada


pertolongan melainkan dari Allah semata (yaumul jaza')..


Sesungguhnya wanita adalah pelengkap kepada sebuah kehidupan seorang


yang bergelar lelaki dan begitu juga sebaliknya. Allah menciptakan


lelaki dan perempuan untuk kita saling mengenali dan dan mempergauli


antara satu sama lain bagi menyempurnakan kehidupan yang diciptakan


Allah atas muka bumi ini..


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari


lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan


bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara


satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah


ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih


keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi


Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)"(QS 49:13).


Ini adalah salah satu nikmat dalam kehidupan, iaitu Allah menciptakan


kita dalam bentuk berpasang-pasangan, moga kita beroleh manfaat dengan


apa yang telah dikurniakan..Namun dalam kehidupan yang penuh dengan


ujian dan dugaan ini, adakalanya kita hanyut dalam kealpaan yang


memungkinkan kita mengkufuri akan nikmat ini, bagaimanakah kita


mengkufuri nikmat ini? iaitulah kita mempergauli setiap antara satu


sama lain ( laki-laki dan perempuan) dengan cara yang tidak menuruti


syarak dan dengan cara yang mengundang kemurkaan Allah swt. Jadi, pilih


la jalan pergaulan yang telah diperintahkan oleh Allah swt ( i.e


pergaulan halal melalui perkahwinan) dan peliharalah maruah kita


semata-mata bagi memperolehi keredhaan Allah swt untuk kebahagiaan di


dunia dan akhirat. Doa saya agar saya dan pembaca di luar sana dapat


memelihara maruah diri, yang sekaligus akan menjaga maruah agama kita


yang suci. Moga denagn itu setiap di antara kita (lelaki dan perempuan)


dapat memperolehi kebaikan daripada apa yang telah dikerjakan.


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki


yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang


jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk


lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk


perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih


dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);


mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan


pengurniaan yang mulia. " (QS 24:26)


http://zulkifleehussain.blogspot.com/

Persoalan masakini

 Persoalan masakini


Berikut adalah beberapa alasan kontemperori yang diberikan oleh ibu


bapa ketika tidak membenarkan anak2 mereka untuk melangsungkan


perkahwinan.


1. Masih belajar
2. Masih muda
3. Beza umur


Dan disini antara jawaban terhadap semua persoalan2 itu (Terbatas atas


kapasiti ilmu penulis, pengalaman penulis, interaksi penulis dengan


tokoh agama dan ulama).


1. Masih belajar
Answer: Sepakat tak ada nas yang mengharamkan berkahwin semasa belajar.


Malahan kita berdosa besar apabila mengharamkan apa yang telah


dihalalkan oleh Allah swt. Allah menghalalkan pernikahan dan


mengharamkan zina. Jika kita menghalang pernikahan seolah olah kita


membenarkan zina berlaku dalam masyarakt.


Jadi penulis tidak akan membincangkan persoalan halal atau haram sebab


semua itu jelas dan terang."Inna halalal bayyin, wa inna harama bayyin"


Cuma yang boleh dibincangkan disini adalah dari sudut teknikal. Kita


faham bahawa seorang pelajar mempunyai tanggungjawab pelajar yang perlu


dipenuhi. Dalam hal ini, suami isteri boleh berbincang dalam menentukan


masa depan keluarga yang dibinanya. Boleh sahaja si suami memberi izin


kepada si isteri untuk meneruskan pengajiannya tanpa perlu diganggu


dengan tugasan2 rumahtangga (begitu jugalah sebaliknya). Suami atau


isteri (jika kebetulan kedua-dua merupakan pelajar) boleh meneruskan


hidup sebagai seorang pelajar biasa cuma kelebihan mereka halal


berjumpa, berbual mesra dan bergurau senda.


2. Masih muda
Answer: Sekali lagi berdosa besar jika kita mengharamkan apa yang telah


dihalalkan oleh Allah. Saidatina A'isyah ketika dipinang oleh


Rasulullah saw hanya berusia 8 tahun. Dia memiliki perangai seperti


kanak2 sebayanya. Diriwayatkan Saidatina A'isyah juga pada waktu itu


masih lagi memiliki patung permainan yang amat disayanginya iaitu


sebuah ukiran kuda. Layanan Rasulullah kepada isterinya ini juga


seperti layanan kepada kanak2 kecil, sehingga diceritakan Rasulullah


pernah mengangkat A'isyah dan diletakkan diatas bahu baginda untuk


memperlihatkan tarian pedang yang sedang dimainkan oleh sahabat ketika


itu.


3. Beza umur
Answer: Berdosa besar bagi mereka yang mengharamkan apa2 yang telah


dihalalkan oleh Allah swt. Rasulullah saw sendiri dalam satu riwayat


yang masyhur mengahwini Saidatina Khodijah yang ketika itu berusia 40


tahun dan Nabi saw hanya sekitar 25 tahun. Perkahwinan yang didasari


dengan dasar aqidah itu (walaupun ketika itu pasangan ini belum Islam,


tetapi sesetengah ulama' meriwayatkan perkahwinan mereka dilindungi


Allah swt) berkekalan sehinggalah bitsah kerasulan baginda saw. Tidak


hairanlah Khodijah amat disayangi oleh baginda, dan memberi perakuan


sendiri dihadapan isteri-isterinya yang lain. Dan tidak hairanlah juga,


di sangat kewafatan Khodijah, Nabi saw tersangat sangat sedih sehingga


Allah memberi hadiah yang cukup besar dan istimewa untuk menenangkan


jiwa Muhammad Al Amin iaitu mengangkat baginda saw bertemu dengan Allah


swt dalam peristiwa Isra'.


http://lionate2.blogspot.com/2005_11_01_archive.html

La tahzan

La tahzan


Bismillah


Suatu saat aku berfikir, apa lagi kepuasaan yang perlu aku cukupkan


untuk sempurnanya nikmat dunia. Penat aku berfikir untuk kesekelian


kali tapi tetap jawapan itu tidak ada penghujung. Dari satu kepada yang


satu aturan hidup yang seolah-olah Allah bentangkan dan aku cuma


berjalan diatasnya.


Aku meyakini bagi setiap kebahagian itu pasti terpalit pengorbanan. Aku


infaqkan seluruh hidup aku untuk d'wh ilallah..itu janji aku. Jadi aku


harus bayar itu dengan kehidupan duniaku. Aku pasti disana nanti akan


Allah hamparkan syurga yang luas buat insan yang tidak memungkiri


janjinya. Jadi itulah kepastian bagi sebuah kebahagian yang


hakiki...kebahagian berjumpa penciptaku..


Sekali lagi untuk itu aku perlu mengorbankan kehidupan


didunia...kehidupan duniaku tidak secerah mentari pagi...tetapi aku


akan tetap gagahi...walaupun kadang2 sampai putus ikhtiar.


Pada manusia aku harus berwajah manis. Tidak gusar kerana itu cuma


sekelumit perjuangan yang tidak boleh dibanding-banding...malulah kalau


perkara inipun dibawa-bawa oleh perasaan. Aku belum berjuang...tak


lemaspun dalam takut, dalam ba'sa wa dhorro'...Hey...terus menangis


dihadapan Allah. Allah pendamping yang paling baik disaat kau berduka


nestapa...jangan risau.


http://lionate2.blogspot.com/2006_06_01_archive.html

La IlLa Ilaha illa Allah Muhammad ArRasulullah

La IlLa Ilaha illa Allah Muhammad ArRasulullah


Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura-pura didalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam kata
Juga tak pandai ku bermadah pujangga


Jika ada benci dihati
Oh katakanlah padaku
Relaku terima, apa kutukan
Asalkan aqidah terjaga


Aqidah oh tidak tergugah
Walau akhirnya ramai yang ketawa



http://lionate2.blogspot.com/2006_06_01_archive.html