Minggu, 01 Juli 2012

KEADAAN DARURAT PENGECUALIANNYA


Semua binatang yang diharamkan sebagaimana tersebut di postingan sebelumnya, adalah berlaku ketika dalam keadaan normal. Adapun ketika dalam keadaan darurat, maka hukumnya tersendiri, iaitu Halal. Firman Allah:
            “Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia telah haramkan atas kamu, kecuali kamu dalam keadaan terpaksa.” (al-An'am: 119)
            Dan di ayat lain, setelah Allah menyebut tentang haramnya bangkai, darah dan sebagainya kemudian diikutinya dengan mengatakan:
            “Barangsiapa terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-Baqarah: 173)
            Darurat yang sudah disepakati oleh semua ulama, iaitu darurat dalam masalah makanan, kerana ditahan oleh kelaparan. Sementara ulama memberikan batas darurat itu berjalan sehari-semalam, sedang dia tidak mendapatkan makanan kecuali barang-barang yang diharamkan itu. Waktu itu dia boleh makan sekadarnya sesuai dengan dorongan darurat itu dan guna menjaga dari bahaya.
            Imam Malik memberikan suatu pembatas, iaitu sekadar kenyang, dan boleh menyimpannya sehingga mendapat makanan yang lain.
            Ahli fiqih yang lain berpendapat: dia tidak boleh makan, melainkan sekadar dapat mempertahankan sisa hidupnya.
            Barangkali di sinilah jelasnya apa yang dimaksud dalam firman Allah Ghaira baghin wala 'adin (dengan tidak sengaja dan melampaui batas) itu.
            Perkataan ghairah baghin maksudnya: Tidak mencari-cari alasan kerana untuk memenuhi keinginan (seleranya). Sedang yang dimaksud dengan wala 'adin, iaitu: Tidak melampaui batas ketentuan darurat. Sedang apa yang dimaksud dengan daruratnya lapar, iaitu seperti yang dijelaskan Allah dalam firmannya, dengan tegas Ia mengatakan:
            “Dan barangsiapa yang terpaksa pada (waktu) kelaparan dengan tidak sengaja untuk berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-Maidah: 3)

0 komentar: