This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 26 Maret 2008

Kurniakanlah diriku dengan temali imani yang kukuh di hati...


Di hati ku lakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila ku tentukan arah serta tujuan
Rela ku hadapi cabaran


Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci


Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan


Tak harus ku turuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan…


 


http://www.rediesh.com/

Rabu, 19 Maret 2008

Renungan Bersama

Renungan Bersama


Harapanku Subur Kembali
Wahai Tuhanku yang Esa...
Bila kenangkan QahharMu...
Rasa gerun di hatiku...
Kerana takutkan seksaMu...
HambaMu rasa berputus asa...
Siapakah dapat bersihkan diri...
Dari segala dosa yang memburu...
Setiap hari setiap ketika...
Bila terkenang ra'fahMu...
Putus asa tiada lagi...
Semangatku pulih semula...
Harapanku subur kembali...
Ujian menimpa menekan di jiwa...
Tak sanggup meneruskan perjuangku...
MehnahMu itu penghapus dosaku...
Mengganti hukumanMu di Akhirat...
Wahai Tuhanku yang Esa...
Bila kenangkan QahharMu...
Rasa gerun di hatiku...
Kerana takutkan seksaMu...
HambaMu rasa berputus asa...
Siapakah dapat bersihkan diri...
Dari segala dosa yang memburu...
Setiap hari setiap ketika...
Di waktu mengenangkan rahmatMu...
Rasa diri kurang bersyukur...
PadaMu harusku memohon...
Moga syukurku bertambah...
Alangkah susah mendidik nafsuku...
Yang tidak melihat kebenaranMu...
Ya Allah Tuhanku bantulah hambaMu...
Dalam mendidik jiwaku ini...


Allah Ta'ala berfirman:"Dan diciptakan insan dalam keadaan lemah".Begitulah sifat manusia yang Allah Ta'ala jadikan lemah dalam semua keadaan.Bila senang.....lupakan Pemberi Kesenangan, bila susah...menangis,memohon,merayu supaya ni'mat yang itu diberikan kembali.


Walaupun kita buat dosa dan maksiat itu tidak akan memberi bekas kepada Allah bahkan bahananya akan kembali kepada kita.Ingatlah...Allah Ta'ala memasukkan hambaNya ke dalam SyurgaNya kerana rahmat dan belas kasihanNya dan Dia memasukkan orang yang derhaka ke dalam Neraka kerana keadilanNya.


Marilah kita merenung, sejauh manakah ketaatan kita terhadap perintahNya.Kalau kita sudah lakukan ketaatan, adakah ia diterima?Ikhlaskah amalan kita itu?Waallhu AlamMin...Hamba yang faqir lagi hina yang mengharapkan keampunan Tuhannya.


http://cintaagung.blogspot.com/2007_07_01_archive.html

CINTA: Untuk siapa...

CINTA: Untuk siapa...


Dari Abdullah ibn Mas'ud r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda:"Seseorang itu adalah bersama orang yang ia kasihi."Huraian hadith:



1- Sesungguhnya cinta dan kasih adalah anugerah Allah Ta'ala.Manusia yang tidak mempunyai cinta dan kasih kepada seseorang seolah-olah hidupnya tidak sempurna.


2- Namun, perasaan kasih dan cinta ini perlulah diletakkan kepada orang yang sepatutnya.Ini adalah kerana perasaan tersebut akan menyebabkan kita sentiasa ingin mengambil hati orang dikasihi itu dan seterusnya melaksanakan segala permintaannya.


3- Sekiranya seseorang itu meletakkan cintanya yang tertinggi kepada artis pujaan, maka dia akn menjadikan artis tersebut sebagai idola.Maka setiap perlakuan dan percakapan akan cuba dikuti dan dicontohi.Namun, sekiranya perasaan cinta yang tertinggi itu diberikan kepada Rasulullah SAWdan sahabat-sahabat baginda, maka alangkah gembiranya dia kerana akan dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama dengan golongan ini.


4- Di dalam kitab 'Aun Ma'bud, dalam menafsirkan hadith tersebut, penulis menjelaskan bahawa sesiapa yang mengasihi sesuatu golongan dengan ikhlas, ia akan dihimpunkan bersama mereka.Sekalipun amalan tidak menyamai mereka, tetapi hatinya telah
mendekati.Kemungkinankasih sayangnya akan melakukan amalan yang sama.


5- Benarlah apa yang dinyatakan itu kerana setiap individu cenderung untuk mengikuti setiap langkah orang yang dikasihinya.Sekiranya dia menyintai Rasul, maka jejak Rasul pastinya akan diikutinya.


6- Kesimpulannya, sekiranya kita mengakui bahawa Rasulullah adalah orang yang paling kita kasihi, marilah kita buktikan kecintaan kepada Baginda dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.InsyaAllah kita akan dibangkitkan bersama Bginda di akhirat kelak.Amin.....


"Orang yang mencintai mencari keredhaan kekasihnya///cintaku ingin menemui kekasih,
Dua mata hatinya sentiasa memandang kekasih///hati itu kenal dan melihat Tuhannya,
Redha hati bila kekasih berdekatan selalu///tidaklah jauh seperti orang yang mahukan selainnya"
Wallahu 'alam


http://cintaagung.blogspot.com/2007_06_01_archive.html

9 Siti Yg Patut Dicontohi..

 


1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.p/s: kalau nama akhowat bukan siti pun takde masalah utk mencontohi semua siti2 yg agung ini..insyaAllah..kita semua mmg dilahirkan sbg siti iaitu muslimah walaupun mak ayah kita tak letak nama kita dlm ic sbg siti..=) sungguh indah klw boleh miliki Kalau secebis dari kehebatan siti2 di atas ni..kps siti aisyah samad..makasih byk2 ya bgi gyh kongsikan artikel ni..=)=)=) moga aisyah termasuk dlm siti impian jugak..insyaAllah..Ya Allah..kami bermohon padaMu dgn rahmat dan kasih sygMu, bantulah kami menggapai redhaMu yg masih jauh itu...ameen...


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

Seorang Gadis.....

Seorang Gadis.....


Seorang gadis itu ..
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit,
Manis tuturnya,
Lentur hati,
Telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,


Di matanya cahaya,
Dalamnya ada air,
Sehangat cinta,
Sejernih suka,
Sedalam duka,
Ceritera hidupnya..


Seorang gadis itu..
Hatinya penuh manja,
Penuh cinta,
Sayang semuanya,
Cinta untuk diberi,
Cinta untuk dirasa..


Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah,
Atau kelemahan dunia..
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah,
Bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia..
Begitu unik tercipta,
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah..


Seorang gadis itu ...
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini..
Dari indahnya jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap nikmatNya..


Seorang gadis itu..
Bisa seteguh Khadijah,
Yang suci hatinya,
Tabah & tenang sikapnya,
Teman ar-Rasul,
Pengubat duka & laranya..


Bijaksana ia,
Menyimpan ílmu,
Si teman bicara,
Dialah Áishah,
Penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah,
Penyimpan mashaf pertama kalamullah..


Seorang gadis itu..
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,
Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya ALLAH memuji..


Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah,
Kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda Baginda..


Bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan,
Tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya khalifah rebah,
Syaheed menyahut panggilan ALLAH..


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

KISAH TIGA ORANG ANAK

KISAH TIGA ORANG ANAK


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang(jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.


Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya.Apa yang dimahukan si Raja itu.Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulauseberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah,ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih.


Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang.Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawabAnis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis taktahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.


Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.


Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagarrumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnyamengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.Sekian adanya.


APA PENGAJARAN CERITA INI .Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Dimana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja)yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

Kisah Nabi Ibrahim A.S

Kisah Nabi Ibrahim A.S


Pada kali ni, saya nak datangkan sebuah kisah berkenaan Nabi Ibrahim Al-Khalil A.S sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-An'aam seperti berikut:


"Dan (ingatlah) diwaktu Ibrahim berkata kepada Bapaknya Aazar:"Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata"(74)


Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat)di langit dan dibumi,dan (Kami perlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin (75)


Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang(lalu) dia berkata:"Inilah Tuhanku".Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata:"Saya tidak suka kepada yang tenggelam (76)


Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata:"Inikah Tuhanku?".Tetapi setelah bulan itu tenggelam dia berkata:"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat."(77)


Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata:"Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar", maka tatkala matahari itu terbenam dia berkata:"Hai kaumku aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan"(78)


Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (79)


Begitulah sahabat-sahabat kisah Nabi Ibrahim A.S yang Allah abadikan di dalam Al-Quran sebagai panduan untuk orang-orang yang berfikir.Apa yang baik datang daripada Allah Ta'ala dan apa yang buruk datang daripada kelemahan diriku yang hina ini.


http://cintaagung.blogspot.com/2007_05_01_archive.html