Selasa, 18 Maret 2008

Ayah Ibu

 


Assalammualaikum wbt..


Segala puji-pujian hanyalah kepada Sang Pencipta alam, Allah Rabbul Jalil. Selawat serta salam untuk rasul junjungan , moga disyafaatkan.


Sudah seminggu lebih kiranya saya tidak mengarang di laman maya ini,akan tetapi malam ni tergerak hati ini untuk menulis sepatah dua lontaran perasaan setelah saya teringatkan mak ayah di kampung  dan apa yang telah berlaku pada diri ini, memang bertambah syahdu malam yang kian menghampiri subuh ini.Bukan kerana saya seorang anak yang manja atau 'homesick' ataupon tidak boleh berdikari di atas kaki sendiri di bumi yang jauh dari kedua ibu bapa, tetapi ingatan bersama kerinduan ini datang setelah memikirkan sejauh mana tanggungjawab yang telah saya jalankan sebagai seorang anak untuk kedua ibu bapa saya.Ternyata masih banyak tanggungjawab yang tak tertunaikan lantaran kelemahan dan kedhaifan diri sendiri,tambahan pula berada di negara berlainan maka mustahil untuk membantu mereka dari segala segi, susah payah ayah siapa yang hiraukan, sakitnya siapa yang akan pedulikan jika bukan anaknya, itulah hakikatnya ayah kini sering kesihatannya tidak stabil , sering tersekat-sekat nafasnya bila berbicara dengannya melalui telefon.Emak pula makin hari makin lesu dek kerjanya yang begitu menekan untuk membuat 'overtime',bertambah saban hari. Saya tahu semua pengorbanan mereka ini dilakukan demi untuk mencari rezeki halal untuk kehidupan anak-anak mereka ini.


Sedikit sekali ucapan terima kasih atau penghargaan yang saya lafazkan buat mereka setelah mereka berpenat lelah membesarkan saya hingga ke saat ini walaupon mereka tidak meminta akn semua itu ; Dahulunya saya mempunyai satu 'permata' yang sangat berharga dan sangat saya sayangi , namun 'permata' itu hilang dek kedhaifan saya sendiri kerna tidak mampu menjaganya dengan baik dan betul,kini tiada lagi kasihnya dan permata itu kian kabur dari pandangan mata ini,namun pada mata hati ia tetap ada dan kilauannya akan memancar jelas hingga ke akhir hayat, moga penjaganya kini jauh lebih indah dan mulia pekertinya. Hanya kepasrahan mampu mejirus dan membersih lumpur kedukaan ini lantaran semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah swt,Zat Yang Maha Esa. Muhasabah kembali, ternyatalah hanya kasih ibu bapa sahajalah yang sejati dan tak bertepi, kasih Allah dan rasul adalah yang abadi dan hakiki ,kekal selamanya.


Wahai saudara-saudara seIslamku, ingin ku nasihati diri ini dan kalian semua agar berbakti kepada kedua ibu bapa kita dan berbuat baik kepada mereka sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw:Dari Abi Abd Rahman Abdullah Bin Mas'ud RA: beliau berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Amal apakah yang lebih disukai Allah? Baginda SAW menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: "Seterusnya apa?" Jawab baginda SAW: "Berbuat baik kepada kedua ibu bapa". Aku berkata lagi: "Seterusnya apa ?" Jawab Baginda SAW: "berjihad di jalan Allah".(Muttafaq 'Alaih) [al-Bukhari:2782, Muslim: 137]


Ternyata berat sekali tuntutan amalan berbuat baik kepada ibu bapa ini, perbuatan baik terhadap kedua ibu bapa ini membawa kepada kesukaan Allah swt, dan tentu sekali kita akan mendapat limpah rahmat kasih sayang Allah swt atas perbuatan kita itu. Namun, barangsiapa yang tidak berbuat baik kepada kedua ibu bapa, maka celakalah orang itu wanau'zubillahhumunzaalik..Sabda Rasulullah saw:Dari Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda: Celakalah, celakalah, celakalah sesiapa yang mengenali ibu bapanya ketika mereka tua, sama ada salah seorang atau kedua-dua mereka, dan dia tidak masuk syurga (Muslim:2551)


Maksud hadith di atas ,celakalah manusia yang sempat hidup dengan ibu bapa mereka atau salah seorang daripada mereka ketika ibu bapa itu tua akan tetapi tidak berbuat baik kepada mereka. Jadi harus kita fahami dengan sebetul-betul kefahaman bahawa mengenali ibu bapa bagi seseorang anak adalah ia berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab membela nasib kedua orang tua mereka, mengasihi dan menyanyangi mereka dengan sepenuh hati, dan bukan sekadar menghulurkan wang atau material semata-mata.Apabila mereka sudah tua dan mencapai tahap kenyanyokan,maka sudah menjadi tangungjawab kita untuk menjaga kencing berak, makan pakai mereka tanpa rasa sebarang keberatan dan kejijikan walaupon sekadar di dalam hati,dan jika terdetik sebesar zarah sekalipon akan perasaan itu,cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah swt .Moga dengan itu akan terhindar kita dari kemurkaan Allah swt, insyaAllah. Sesiapa yang berjaya melakukan semua itu, maka terlepaslah mereka dari kecelakaan dan azab neraka Allah swt.Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menzahirkan sifat mahmudah itu terhadap kedua ibu bapa kita..


 Pilu hati ini melihat anak-anak menagis tanda sayang mereka terhadap ibu bapa mereka,namun bertambah-tambah pilu apabila melihat ibu dan bapa itu sendiri menzahirkan tangisan mereka buat anak-anak..Moga ini semua mampu memadamkan sifat ego kita dalam menitiskan air mata penghargaan bagi mengenangkan pengorbanan ibu bapa selama ini sama ada dalam kita sedar mahupon tidak.Merekalah(ibu bapa) orang yang terbaik yang sentiasa di samping kita dalam senang ataupon susah, kasih merekalah yang abadi dan tidak akan membawa kekecewaan..Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia . Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. (al-Isra': 23-24)


Walluhua'lam..


http://zulkifleehussain.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

0 komentar: