Selasa, 18 Maret 2008

Detik Kematian

Detik Kematian


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)


Acapkali kita terdengar tentang kematian, namun sejauh manakah kalimah kematian itu menyedarkan kita tentang hakikat kematian,hakikat azab kubur, hakikat yaumul jaza, hakikat syurga dan neraka?..Sedarlah bahawa saki baki umur kita sudah makin singkat, semakin hari semakin dekat kita dgn pintu kubur. keduniaan akan menyuruh kita pergi dan kubur memanggil datang, namun pada sebenarnya kehidupan kita sekarang ini semakin sibuk bergelut dengan keduniaan, semakin dekat kita degan lubang kubur semakin bertambah sayang kita pada keduniaan, semakin bertambah sayang kita akan harta benda yang sudah pasti dan pasti kita akan tinggalkan dan tidak akan kita bawa ke lubang kubur..Apakah silap kita? Adakah kerana kita yakin dunia ini kekal abadi? Adakah kita tidak tahu bahawa adanya azab kubur selepas kematian? Saya yakin bahawa smua orang percaya akan hakikat kematian dan tak kurang juga dengan hakikat azab kubur, namun tak semua orang akan sedar tiap saat dan ketika akan perkara ini lantaran keduniaan yang sangat menipu.


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)


Maha benarlah kalamullah bahawasanya kamu tidak dapat tidak akan merasai DETIK KEMATIAN,ajal akan tetap datang menjemput walaupun kita berada dalam istana-istana atau benteng-benteng yang amat kukuh binaannya.Allah mencipta alam ini dengan seribu satu macam keindahan dan kecantikan untuk menguji sejauh manakah iman kita, sejauh manakah kita yakin dan percaya bahawa dunia hanya tempat persinggahan dan kehidupan akhirat sahajalah persinggahan yang kekal abadi. Marilah wahai sahabat-sahabatku kita ambil masa walaupon secebis untuk kita muhasabah dan renung sejenak tentang hakikat kematian kita, jika Allah menjemput kita pada tika dan saat ini, adakah kita akan bersedia menemui Allah dengan bekalan amalan yang cukup? Jangan lah menanti nafas di hujung helaan baru kita akan sedar hakikat taubat.Sesungguhnya pada saat itu tiada gunanya lagi kita memohon untuk dikembalikan nyawa kita walaupon kita berjanji dengan Allah untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan berbuat kebaikan di atas muka bumi.Marilah kita sama-sama hayati hidup ini itu dapat meresap masuk dalam jiwa kita dan menjadi titik tolak kepada kita untuk kembali fikirkan asal tujuan penciptaan manusia, yakni untuk pengabdian diri kepada Allah..jangan lah sekali-kali kita tunduk kepada dunia yang semakin hari semakin menipu manusia..


"Ya Allah ya Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan yang lurus sepertimana yang telah Kau tunjukkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami.Terimalah taubat kami ya Allah, Kau tarbiahlah kami ya Allah supaya kami selalu ingat akan mati, dan supaya dengan itu akan tersemai cinta kami hanya buatMu ya Allah.Janganlah kau biar kami terkapai-kapai dalam kealphaan setelah Kau beri pentunjuk kepada kami..Amin ya Rabbal 3alamin..."


http://zulkifleehussain.blogspot.com/2008_01_01_archive.htm

0 komentar: