Persoalan masakini
Berikut adalah beberapa alasan kontemperori yang diberikan oleh ibu
bapa ketika tidak membenarkan anak2 mereka untuk melangsungkan
perkahwinan.
1. Masih belajar
2. Masih muda
3. Beza umur
Dan disini antara jawaban terhadap semua persoalan2 itu (Terbatas atas
kapasiti ilmu penulis, pengalaman penulis, interaksi penulis dengan
tokoh agama dan ulama).
1. Masih belajar
Answer: Sepakat tak ada nas yang mengharamkan berkahwin semasa belajar.
Malahan kita berdosa besar apabila mengharamkan apa yang telah
dihalalkan oleh Allah swt. Allah menghalalkan pernikahan dan
mengharamkan zina. Jika kita menghalang pernikahan seolah olah kita
membenarkan zina berlaku dalam masyarakt.
Jadi penulis tidak akan membincangkan persoalan halal atau haram sebab
semua itu jelas dan terang."Inna halalal bayyin, wa inna harama bayyin"
Cuma yang boleh dibincangkan disini adalah dari sudut teknikal. Kita
faham bahawa seorang pelajar mempunyai tanggungjawab pelajar yang perlu
dipenuhi. Dalam hal ini, suami isteri boleh berbincang dalam menentukan
masa depan keluarga yang dibinanya. Boleh sahaja si suami memberi izin
kepada si isteri untuk meneruskan pengajiannya tanpa perlu diganggu
dengan tugasan2 rumahtangga (begitu jugalah sebaliknya). Suami atau
isteri (jika kebetulan kedua-dua merupakan pelajar) boleh meneruskan
hidup sebagai seorang pelajar biasa cuma kelebihan mereka halal
berjumpa, berbual mesra dan bergurau senda.
2. Masih muda
Answer: Sekali lagi berdosa besar jika kita mengharamkan apa yang telah
dihalalkan oleh Allah. Saidatina A'isyah ketika dipinang oleh
Rasulullah saw hanya berusia 8 tahun. Dia memiliki perangai seperti
kanak2 sebayanya. Diriwayatkan Saidatina A'isyah juga pada waktu itu
masih lagi memiliki patung permainan yang amat disayanginya iaitu
sebuah ukiran kuda. Layanan Rasulullah kepada isterinya ini juga
seperti layanan kepada kanak2 kecil, sehingga diceritakan Rasulullah
pernah mengangkat A'isyah dan diletakkan diatas bahu baginda untuk
memperlihatkan tarian pedang yang sedang dimainkan oleh sahabat ketika
itu.
3. Beza umur
Answer: Berdosa besar bagi mereka yang mengharamkan apa2 yang telah
dihalalkan oleh Allah swt. Rasulullah saw sendiri dalam satu riwayat
yang masyhur mengahwini Saidatina Khodijah yang ketika itu berusia 40
tahun dan Nabi saw hanya sekitar 25 tahun. Perkahwinan yang didasari
dengan dasar aqidah itu (walaupun ketika itu pasangan ini belum Islam,
tetapi sesetengah ulama' meriwayatkan perkahwinan mereka dilindungi
Allah swt) berkekalan sehinggalah bitsah kerasulan baginda saw. Tidak
hairanlah Khodijah amat disayangi oleh baginda, dan memberi perakuan
sendiri dihadapan isteri-isterinya yang lain. Dan tidak hairanlah juga,
di sangat kewafatan Khodijah, Nabi saw tersangat sangat sedih sehingga
Allah memberi hadiah yang cukup besar dan istimewa untuk menenangkan
jiwa Muhammad Al Amin iaitu mengangkat baginda saw bertemu dengan Allah
swt dalam peristiwa Isra'.
http://lionate2.blogspot.com/2005_11_01_archive.html
0 komentar:
Posting Komentar