Selasa, 18 Maret 2008

Hati yang rapuh

Hati yang rapuh


Hati yang rapuh? Macam tak sesuai je tajuk. Mungkin lebih sesuai letak ‘hati yang mudah berubah’, tapi bunyi tajuk ni cam sedap sket. :)Rupa-rupanya, hati ini terlalu rapuh. Begitu mudah berkecai, begitu mudah hancur, begitu mudah rosak, begitu mudah berubah-ubah, begitu mudah berbolak balik. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya begitu merindui Allah, tetapi saat berikutnya hatinya sudah terleka dengan perkara lain. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya tunduk pada Allah, saat berikutnya ia engkar kepada Allah.Jadi adakah hati itu boleh menjadi kuat? Bolehkah hati itu diperkuatkan? Aku melihat bahawa hati itu akan sentiasa rapuh, akan sentiasa menjadi sesuatu yang mudah berubah. Dan aku melihat hati itu tidak boleh diperkuatkan. Sifatnya memang seperti itu, berbolak-balik.


Jadi bagaimana? Hati itu hanya menjadi terfokus dan tetap kerana Allah-lah yang sentiasa memelihara, menjaga, monitor, memantau dan meluruskan hati itu. Jadi, tanpa amal-amal wajib dan amal-amal sunnah yang berterusan dan konsisten, maka terputuslah bantuan dari Allah untuk penjagaan hati itu kerana Allah-lah yang memegang hati-hati manusia ini.


Jadi, saat kita terlalai itulah, hati terlepas dari penjagaan Allah lalu ia menjadi tidak tenang dan tidak stabil. Wallahu’alam. Peringatan untuk diri sendiri.


http://nazrulamir.farlyk.com/

0 komentar: