Selasa, 27 Maret 2012

Penawar Allah


Ada ketika diri ditimpa masalah... lalu mencari-cari pada siapa untuk minta pertolongan. Dan akhirnya ketemu ketenangan yang dicari, selalunya adalah... Dialah Allah yang Maha Hebat. Maha mendengar dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Alangkah indahnya sekiranya seseorang itu tahu betapa syandunya hati dalam deraian airmata sewaktu berdoa penuh mengharap dalam pergantungan kepada Allah. Mengadu... meminta... menyerah sepenuh hati kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah berjanji," Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku kabulkan" Sesungguhnya Dia adalah Kekasih Yang Paling Menyintai kita.

Kita tidak lupa bahwa Rasulullah SAW menanti hingga umur baginda 40 tahun untuk mendapat petunjuk Allah dan akhirnya mendapat risalah kenabian, bukan semasa 15 tahun, atau 25 tahun atau 30 tahun sekalipun. Maka bagaimana bila baru berdoa seminggu atau dua minggu, sudah mulai putus asa.

Belajar berdoa. Doa dari hati. Doa berkali-kali. Sesungguhnya hanya diri kita saja yang tahu apa yang dirasakan. Merayu, merintih dan menangis di tengah malam sunyi kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi.

Apabila terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperihan, kedzaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, yang diperlukan adalah penawarnya.

Sebagian ujian seakan tiada lagi jalan keluar. Kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru. Berhadapan dengan realita yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh diri yang kerdil. Namun, Allah Yang Maha Berkuasa bisa menukar segala keadaan. Mengganti dengan lebih balk yang tidak disangka.

Antara penghalang rahmat Tuhan adalah dosa. Penghalang cahaya indah syandu untuk menjadi kekasihNya. Taubat dan 'istighfar' memohon ampun kepadaNya penawar yang akan membuka kebahagian hidup.
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang balk (di dunia)..." (Qs. Hud: 3)

Ada satu permohonan yang jika dilakukan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.

Permohonan agar Allah S.W.T mengampuni dosa dilafadzkan dengan ikhlas dan jujur sebanyak-banyaknya dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah Istighfar'.

Diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawabannya semua sama untuk persoalan yang berbeda. Katanya, "Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut "
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Mohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai" (Qs. Nuh: 9-12).
***
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. la memukul dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (artinya)
"(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya is menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sudah ada)". (Qs. Hud: 52).
Membanyakkan istighfar adalah penawar Betapa banyak kisah Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar. Beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada suatu hari akan merasakan kesyanduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya, kekudusan jiwa, kesegaran pikiran dan merasakan perdampingan Allah.

Istighfar yang ikhlas, mengharapkan keampunan Allah adalah penawar, penyembuh derita jiwa, pendatang kurnia Allah, rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Menghiasi kepahitan hidup dengan istighfar, niscaya akan merasakan kemanisan dan kelezatan di persada alam yang sementara ini.

0 komentar: