“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzaab: 21)
Anda tdk perlu melanjutkan bacaan jika anda tdk bersetuju bhw rasulullah saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.
---------------------------------------------
Kita sedar dlm agama ini ada pelbagai pendapat ulama yg mungkin berbeza2 wlaupun pada isu yg sama. Perkara ini kita namakan khilaf. Khilaf ini terjadi disebabkan perbezaan pandangan dan ijtihad yg dibuat. Kita tahu mereka telah sedaya upaya merujuk kpd quran dan sunnah sebelum memutuskan utk mengeluarkan sesuatu ijtihad. Tetapi yg kekal maksum hanyalah rasul saw. Selain drp rasul, wlau sebesar manapun darjat ilmunya, ia tetap terdedah kpd salah dan silap. Maka hendaklah kita bersedia utk mengikut ijtihad yg lbh kuat apb mengetahui pandangan yg selama ini kita pegang adalah kurang kuat.Ada golongan agama yg berpendapat boleh membuat tambahan dlm ibadat, asal saja ia suatu yg baik. Maka mereka berdoa slpas solat jenazah wlaupun jelas nabi tdk melakukan yg demikian. Kata mereka tambahan ini (berdoa slps solat jenazah) suatu perkara yg baik. Takkan berdoa pun salah?Kita semua tahu cara ibadat ini hanya sahih jika diambil drp nabi saw shj. Tdk boleh mana2 golongan agama walau sebesar mana sekalipun darjatnya, mereka suatu cara atau bentuk ibadat yg tdk ada di dlm sunnah. Ibadat adalah urusan Tuhan dan disampaikan melalui ajaran rasul, sedang kita hanyalah pengikut.“....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya .....” (Al-Hasyr: 7)Cuba kita telusuri ibadat yg selama ini kita amalkan. Adakah sama dgn yg di ajar oleh nabi? Paling mudah kita melihat kpd amalan asas kita iaitu solat fardhu. Telah sahih nabi saw tdk melafazkan niat (iaitu membaca usolli) ketika hendak memulakan solat. Niat adalah perbuatan hati. Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah, sama ada solat, puasa atau zakat untuk mengucapkan atau melafazkannya. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati setiap orang. Mungkin ada yg kata, “Kita ni org melayu, kalau baca usolli tu nanti senang la sikit niat nk masuk, takkan la lafaz usolli pun bida’ah?”.Malah masyur juga dikalangan kita yg membaca surah An-Nas ketika hendak memulakan solat. Nabi saw tdk pernah mengajar hal ini kpd sesiapa. Kata mereka ini semua utk mengelakkan was-was syaitan di dlm solat. Lagipun yg dibaca itu adalah satu surah drp al-quran. Tidakkah itu amalan yg baik?
Nabi juga tdk membezakan tatacara solat antara lelaki dan perempuan. Umum hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang" (Riwayat al-Bukhari). Tetapi ramai drp kita cuba utk memperkemaskan lg tatacara solat yg nabi ajar. Maka di ajar kpd kaum wanita semasa angkat takbir, rukuk dan sujud, lengan mesti dirapatkan ke tubuh dan anggota yg renggang mesti dirapatkan; sedangkan ini semua tdk diajar oleh nabi. Tapi kononnya apa yg mereka buat itu lbh sopan dan beradab.Sahih juga bhw nabi saw tdk menyapu muka slpas mberi salam di dlm solat. “Eh, ikut suka aku la nk sapu muka pun, benda kecik je tu, bukan batal pun solat kalau sapu muka”.Begitu juga hadis nabi sahih menyatakan bhw nabi membaca 'Astaghfirullah' sebanyak 3 kali slps solat tanpa tambahan al’azim atau tambahan lain. “Ye la nabi istighfar 3 kali je slps solat, tp kita ni byk dosa, kena la istighfar lbh byk, yg byk tu dh tentu lbh baik”.
Para pembaca sekalian,Kalau Allah mahu, Dia boleh mghidupkan nabinya sehingga ke hari ini. Soal nyawa adalah kuasa mutlak Allah taala. Namun yg demikian tdk terjadi; kerana yg mnjadi tajuk penting dlm perkara iman ini bknlah terletak pd batang tubuh nabi, tetapi apa yg dibawa dan diajar nabi kpd kita. Itulah yg perlu kita ikut dan amalkan. Sebab itulah para ulama mensyaratkan tiga perkara besar dlm ibadat: (1) ibadat mestilah mempunyai akidah yg sahih, (2) ibadat mestilah ikhlas kpd Allah dan (3) ibadat mestilah sama spt yg ditunjukkan di dlm quran dan sunnah.Malah di dlm khutbah jumaat semalam pun khatib telah mengingatkan bhw amalan ibadat ini sekalipun ikhlas tetapi jika tidak betul maka ia tidak diterima. Begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima, sehinggalah ianya menjadi ikhlas dan betul (Khutbah jumaat masjid An-Nur, 26 Oct 07).
Sama juga dlm bab beriman kpd rasul. Cinta shj tdk mencukupi melainkan kita turut ikut apa yg diajar. Sekadar mengikut juga dianggap kurang, melainkan adanya perasaan cinta dan sayang; sehinggalah perasaan cinta dan ikut itu menjadi satu di dlm hati kita.Kebanyakan kita pd hari ini kurang merasa kemanisan mengikut rasul. Maka kita cenderung utk menambah, mengurang atau membuat sedikit kelainan terhadap apa2 yg telah pun ditunjuki rasul melalui hadisnya yg sahih. Dgn alasan kelainan yg dibuat itu kecil shj, itu perkara furuk, malah tdk pun membatalkan ibadat.Di sini kita tdk mahu membincangkan ttg betul atau salah, sah atau batal, kecil atau besar dan bida’ah atau tdk bida’ah. Tetapi kita ingin mengajak semua pembaca melihat kpd suatu sudut yg lain.Bayangkan, anda mempunyai seorg isteri. Suatu pagi, isteri anda menghidangkan secawan teh kpd anda. Anda minum seteguk dan berhenti. Kemudian anda ambil satu sudu gula, tambah ke dlm cawan dan kacau. Slps itu barulah anda meminumnya sehingga habis. Sepanjang anda meminum teh itu, anda langsung tdk memberi komen atau kritikan kpd isteri anda. Tetapi, perbuatan anda menambah gula ke dlm air itu sudah cukup utk memberi mesej yg jelas kpd isteri anda bhw teh yg dibuatnya itu kurang manis, kurang sedap atau tdk cukup rasanya. Serasa anda, adakah perbuatan anda itu menggembirakan isteri anda atau mengguris hatinya? Anda ada jawapannya.
Sekarang cuba bayangkan, nabi berada di depan anda, mengajar bagaimana utk melakukan solat jenazah. Kemudian nabi sendiri menjadi imam, kita dibelakangnya menjadi makmun, nabi takbir kita pun takbir, nabi membaca doa kpd jenazah di dlm solat dan kita turut membaca sptmana yg diajar, nabi menutup solat dgn memberi salam dan kita pun memberi salam. Nabi selesai di situ, tetapi kita dibelakang menyambungnya dgn membaca doa. Pada ketika itu, adakah doa yg kita baca itu suatu ibadat atau suatu pghinaan terhadap rasul? Apakah ia suatu kegembiraan atau baginda akan merasa terhina dgn perbuatan kita itu?Atau cuba anda bayangkan, nabi mengimani kita di dlm solat fardhu. Ketika nabi saw ingin mengangkat takbirratulihram...makmun dibelakang sok sek sok sek (membaca surah An-Nas), sok sek sok sek (membaca usolli). Sedang nabi hanya sekadar bertakbir ‘Allahuakbar’ shj. Apakah cara makmun atau cara nabi yg lebih sempurna? Adakah kita menganggap nabi ketika hidupnya dahulu, tdk prihatin ttg masalah was-was solat, sehingga baginda terlupa mengajar kita utk membaca surah pelindung drp gangguan syaitan?
Ini bukannya soal amalan yg ditambah itu betul atau salah. Kita tdk pertikaikan dari sudut itu, ttp kita melihat dari sudut sikap terhadap rasul. Apakah kita merasakan tdk cukupnya ajaran rasul? Sehingga perlu kpd penambahan yg lain. Tidakkah kita pada awal perbincangan telah bersetuju bhw nabi saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.Perbuatan menambah atau mengubah cara ibadat yg diajar oleh nabi saw adalah suatu gambaran seolah2 apa yg diajar nabi itu tdk cukup sempurna, tdk berapa sesuai dgn kita; sebab itulah ditambah bacaan2 tertentu spt bacaan ‘usolli’ supaya niat solat menjadi lbh sempurna dan lbh sesuai dgn kemelayuan kita.Padahal telahpun sempurna agama ini sejak lama dahulu, tanpa perlu lg kpd sebarang penambahan. Apa yg tdk menjadi agama ketika nabi hidup, ia juga tdk menjadi agama setelah nabi wafat. Tugas kita sekarang ialah mewarisi ajaran nabi dan mengekalkannya spt mana ketika ia diturunkan.Begitulah juga dlm hal ibadat2 yg lain. Kita tdk hendak berbicara ttg betul atau salah. Ttp kita hendak semua melihat dlm diri masing2, sejauh manakah rasul itu terletak dlm hati kita. Sejauh manakah sikap kita dlm mentaati rasul. Apakah telah sampai kita kpd sebenar-benar iqtikad dan pengakuan bhw rasul saw itu adalah sebaik2 ikutan. Atau kita sekadar mengucapkannya di mulut, kemudian mengikut mana yg berkenan shj.
Saya kira kita ini kurang merasa cinta dan mengikut rasul adalah kerana apb membaca atau mendengar hadis2 nabi saw, kita tdk merasakan ianya betul2 diucapkan oleh nabi, sebab itu kita meremehkannya. Seolah2 nilai ucapan nabi itu sama shj spt ucapan insan-insan yg lain."Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya" (An-Najm: 3-4).Para pembaca sekalian, sama2lah kita perbetulkan iqtikad kita, sehingga mnjadi kejap di dlm hati bhw petunjuk rasul adalah yg terbaik. Tidak salah utk beristighfar sampai 100 kali pun slpas solat, tetapi hendaklah kita tetap mengatakan apa yg ditunjukkan dan diamalkan oleh nabi itu adalah yg terbaik, walaupun hanya sebanyak 3 kali.Hendaklah kita cuba sedaya upaya utk mentaati ajaran dan petunjuk rasul, walaupun hanya pada bab menyelati jari kaki ketika berwuduk. Kerana yg demikian itulah ukuran kecintaan kita terhadap rasul.
Mungkin akan ada yg mempertikaikan apa yg telah disebut. “Ye la, sesetengah tu mmg la tak de dlm sunnah, tp tak semestinya tak boleh buat, ustaz pun ramai yg buat”. Setiap org ada sandaran dan rujukannya dlm beramal. Apb kita balik ke akhirat nanti, kita akan ditanya ttg amalan kita dan siapakah sandaran kita dlm melakukan ibadat. Ada yg bersandarkan ustaz, ada yg bersandarkan tok guru, ada yg bersandarkan tok imam dan bermacam2 lg. Tetapi kita menyandarkan amalan kita hanya kpd nabi saw. Kerana kita yakin apa yg dibawa oleh nabi adalah yg terbaik, wlaupun dari sudut akalnya kelihatan kurang berbanding amalan org lain.Bukan yg utama di dlm ibadat ini jumlah sikit atau byknya amalan, tetapi yg penting ialah sama spt sunnah. Ada dikalangan para sahabat rasulullah ingin bersolat malam terus menerus, ada yg ingin berpuasa sepanjang masa dan tidak mahu berbuka serta ada yg ingin menjauhi wanita dan tidak ingin berkahwin selama-lamanya. Kemudian nabi saw datang kpd mereka dan berkata:“Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling takwa kepadaNya. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Wallahua'lam...
http://danialle.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=50